Mesti Baca

Miri: Dua penjenayah sekadar mendapat RM50 ketika mencuri duit tabung di Masjid An-Naim, Lutong di sini, berikutan tindakan pengurusan masjid mengosongkan dua...

Kuala Lumpur: Pengasas Valet Doa, Hasrin Harin, 40, menerima dengan hati terbuka mengenai arahan...

Kuala Lumpur: Sanggup keluar duit poket sendiri untuk membantu remaja dalam kesusahan. Itu...

Kangar: Seorang remaja maut apabila kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas ke dalam parit...

Variasi

Galeri

BEBERAPA penghuni di Taman Awan Biru berpindah ke pusat pemindahan sementara apabila rumah mereka di Daerah Alor Gajah dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi. Seramai 54 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara melibatkan Taman Awan Biru serta Bandar Alor Gajah. FOTO Bernama
PASUKAN aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan melakukan lalu berhampiran Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur selepas mengambil bahagian dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017. FOTO Aizuddin Saad
Tarian Datun Julud antara tarian yang dipersembahkan ketika catatan rekod Malaysia Book of Record bagi Tarian Tradisional Terbanyak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Seramai 140 penari membersembahkan 30 tarian tradisional pelbagai kaum tanpa henti selama dua jam. FOTO Effendy Rashid
BEKASA mangsa culik di Filipina, Tayudin Anjut ceria ketika bersama anaknya Mohd Fahrin Tayudin. Tayudin bersama Abdul Rahim Summas diselamatkan pasukan keselamatan Filipina selepas diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina pada Julai 2016. FOTO Syarafiq Abd Samad
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memandu kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Baginda bertolak dari Johor Bahru Sentral pada 9.27 pagi dan akan singgah di Stesen Keretapi Kluang dan Segamat sebelum ke Kuala Lumpur. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PESAWAT aerobatik Tentera Udara Rusia, Russian Knights membuat pertunjukan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA '17). FOTO Shahrizal Md Noor
Arca dinosaur di luar kedai di perkarangan lebuh raya di Terlingua, Texas, berhampiran sempadan Amerika Syarikat dan Mexico. FOTO AP
ORANG ramai melihat bunga yang ditinggalkan sebagai tanda hormat di Parliament Square selepas serangan di Westminster, London. FOTO Reuters
PEMAIN ski lompat pada gunung Fellhorn berhampiran Oberstdorf di selatan Jerman. FOTO AFP
ORANG ramai berjalan atas Sungai Neva yang beku di St Petersburg, Russia. FOTO EPA
ANGGOTA bomba melakukan siasatan selepas pesawat ringan buatan sendiri terhempas ke bangunan kondominium ketika cubaan mendarat di Lapangan Terbang Perbandaran Lawrence di Methuen, Massachusetts, Amerika Syarikat. Menurut polis, juruterbang pesawat itu maut manakala tiada penduduk kondominium yang cedera. FOTO AP
SUNGAI Maipo mengalir di kawasan Cajon del Maipo di Santiago, Chile selepas banjir surut. Lebih daripada separuh komuniti di Santiago dan kira-kira 5 juta orang terjejas akibat banjir yang berlaku apabila batu dan serpihan lain terperangkap pada lubang masuk sistem perairan bandar. FOTO AP
Penyerang Argentina Sergio Aguero melakukan rembatan sambil dihalang pemain Bolivia pada Kelayakan Piala Dunia 2018 di Paz, Bolivia. FOTO AP
Pemain Brazil Renato Augusto meraikan jaringan pertamanya menentang Paraguay pada Kelayakan Piala Dunia 2018 di Arena Corinthians, Sao Paulo, Brazil. FOTO AP
Pemain tengah Rostov dari Ecuador Christian Noboa (C) membuat sepakan lencong untuk cuba melepasi benteng pertahanan Manchester United di Old Trafford. FOTO AFP
Bertrand Traore tanduk gol untuk Ajax Amsterdam menentang Kobenhavn pada perlawanan kedua Liga Europa di Amsterdam. Ajax menang 1-0. Foto REUTERS
Penjaga gol Leverkusen Bernd Leno melambai kepada penonton selepas aksi kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara Juara antara Atletico Madrid dan Bayer Leverkusen. FOTO AP
Pemain tengah kelab Brazil Atletico Paranaense Lucho Gonzalez meraikan jaringan bersama rakan sepasukan meledak gol menentang kelab Argentina San Lorenzo pada saingan Piala Copa Libertadores 2017 di stadium Pedro Bidegain, Buenos Aires, Argentina. Atletico Paranaense menang 1-0. FOTO AFP
Teruskan ke laman Harian Metro »