![]() |
![]() |
![]() |
|||||||
| Laman Utama | Jadual | Galeri | Info | Berita | Video | Keputusan | Pasukan | ||
Figos Phoenix tetap bertenagaOleh Lokman Zainal Abidin, Aida Adilah Mat, Alias Abd Rani, Bazly Azmisukan@hmetro.com.my PUJIAN layak dihamburkan kepada wakil penaja, Figos Phoenix kerana berjaya merangkul gelaran naib juara Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2008 kategori Terbuka Wanita sekalipun beraksi tanpa pemain simpanan.
Wakil Kuala Lumpur itu tewas tipis, 0-1 ke tangan juara, Red Chillies pada final di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu selepas membenam cabaran wakil penganjur, HMWLS, 2-1 di separuh akhir. Begitupun, pengurus, Shamsul Azizan Mohd Nasir tetap akur dengan kekalahan anak buahnya kerana tunduk kepada skuad lebih mantap. “Kalah tetap kalah. Sekalipun beraksi tanpa pemain simpanan, saya fikir Red Chillies bermain cemerlang sepanjang Grand Final. “Mereka layak bergelar juara kerana memiliki hampir semua kelebihan berbanding pemain Figos. Saya fikir pemain kepenatan selepas menempuh perjalanan hampir 8 jam untuk tiba ke venue ini, jadi faktor itu menghalang mereka mempamer aksi terbaik,” katanya. |