mymetro
GRAND FINALJOHAN LELAKI TERBUKA : DARUL NAIM JOHAN WANITA TERBUKA : RED CHILLIES JOHAN BAWAH 17 TAHUN : JFA 2010         ZON SELATANJOHAN LELAKI TERBUKA : FAJAR SELATAN JOHAN WANITA TERBUKA : FIGOS PHOENIX JOHAN BAWAH 17 TAHUN : JFA 2010         ZON TENGAHJOHAN LELAKI TERBUKA : ALAM MEGAH A JOHAN WANITA TERBUKA : ALAM MEGAH JOHAN BAWAH 17 TAHUN : MINDA MAHIR         ZON TIMURJOHAN LELAKI TERBUKA : LOTUSCON FC A JOHAN WANITA TERBUKA : UFFC JOHAN BAWAH 17 TAHUN : AKEDEMI ISMAILIAN         ZON UTARAJOHAN LELAKI TERBUKA : EKA-MCAV JOHAN WANITA TERBUKA : PUT3 KICKERZ JOHAN BAWAH 17 TAHUN : MINDA MAHIR        
imetro
Laman Utama » Berita

Futsal Piala Datuk Bandar MBPJ

Oleh Md Badlishah Md Ali
badlishah@hmetro.com.my

 

CERIA...Roslan (tiga dari kanan), Dina (dua dari kiri) dan <br>Nik Radzi (kiri) pada majlis pelancaran piala dan logo karnival <br>di Dewan Sivik MBPJ, baru-baru ini.
CERIA...Roslan (tiga dari kanan), Dina (dua dari kiri) dan
Nik Radzi (kiri) pada majlis pelancaran piala dan logo karnival
di Dewan Sivik MBPJ, baru-baru ini.

BULAN kemerdekaan pastinya lebih bermakna buat pasukan futsal yang menyertai Karnival Futsal Perpaduan Merdeka MBPJ 2008 merebut Piala Datuk Bandar MBPJ pada 30 dan 31 Ogos ini di Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya.

Karnival turut mendapat kerjasama Dina Sports, Focus Arena, Milo serta Figos. Sebanyak empat kategori dipertandingkan, Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Bawah 18 serta Bawah 12.

Tawaran hadiah cukup lumayan bagi semua kategori, juara Lelaki Terbuka menerima RM2,500, piala, pingat, barangan manakala naib juara (RM1,000), ke-3 (500) dan ke-4 (RM500). Juara Wanita Terbuka menerima RM1,500, naib juara (RM1,000), ke-3 (RM400) dan ke-4 (RM400). Bawah 18, juara (RM1,500), naib juara (RM1,000), ke-3 (RM500) dan ke-4 (RM500). Bawah 12 , juara (RM1,000), naib juara (RM800), ke-3 (RM400) dan ke-4 (RM400).

Setiap pasukan digalakkan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pemain berlainan kaum selaras dengan objektif pertandingan iaitu perpaduan. Yuran pendaftaran bagi Lelaki Terbuka (RM150), Wanita Terbuka (RM100), Bawah 18 (RM80) dan Bawah 12 (RM50).

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata sambutan hebat sukan futsal dalam dan luar bandar, pihaknya berasakan kena pada masanya menganjurkan pertandingan itu.

“Saya berharap karnival ini mendapat sambutan warga Petaling Jaya khususnya dan warga Malaysia amnya bagi meriahkan lagi bulan kemerdekaan ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran karnival itu, Pengarah Program, Datuk Dina Rizal serta Pengarah Teknikal, Nik Muhd Radzi.

Maklumat lanjut hubungi Dewan Sivik MBPJ atau hubungi Nik Muhd Radzi (019 3519934, 019 2102442) atau www.mbpj.gov.my, www.gofutsal.com dan www.syoknyafutsal.com.

Cetak Artikel - Email kpd.Rakan

video terkini



Penyampaian hadiah Karnival Futsal i-Metro Zon Timur
video Video Terkini

Galeri Foto

Bancian

Wajarkah liga futsal di Malaysia diadakan?

Ya
Tidak




Ya   95.0% 95.00%
Tidak   5.0% 5.00%

Senarai bancian lalu


logo futsal
logo FAM       Malaysia Book of Record
 
 
Hak cipta terpelihara © Harian Metro Online. Hubungi Team Metro untuk sebarang maklum balas.