![]() |
![]() |
![]() |
|||||||
| Laman Utama | Jadual | Galeri | Info | Berita | Video | Keputusan | Pasukan | ||
Futsal Piala Datuk Bandar MBPJOleh Md Badlishah Md Alibadlishah@hmetro.com.my BULAN kemerdekaan pastinya lebih bermakna buat pasukan futsal yang menyertai Karnival Futsal Perpaduan Merdeka MBPJ 2008 merebut Piala Datuk Bandar MBPJ pada 30 dan 31 Ogos ini di Stadium Hoki MBPJ, Petaling Jaya.
Karnival turut mendapat kerjasama Dina Sports, Focus Arena, Milo serta Figos. Sebanyak empat kategori dipertandingkan, Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Bawah 18 serta Bawah 12. Tawaran hadiah cukup lumayan bagi semua kategori, juara Lelaki Terbuka menerima RM2,500, piala, pingat, barangan manakala naib juara (RM1,000), ke-3 (500) dan ke-4 (RM500). Juara Wanita Terbuka menerima RM1,500, naib juara (RM1,000), ke-3 (RM400) dan ke-4 (RM400). Bawah 18, juara (RM1,500), naib juara (RM1,000), ke-3 (RM500) dan ke-4 (RM500). Bawah 12 , juara (RM1,000), naib juara (RM800), ke-3 (RM400) dan ke-4 (RM400). Setiap pasukan digalakkan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pemain berlainan kaum selaras dengan objektif pertandingan iaitu perpaduan. Yuran pendaftaran bagi Lelaki Terbuka (RM150), Wanita Terbuka (RM100), Bawah 18 (RM80) dan Bawah 12 (RM50). Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, berkata sambutan hebat sukan futsal dalam dan luar bandar, pihaknya berasakan kena pada masanya menganjurkan pertandingan itu. “Saya berharap karnival ini mendapat sambutan warga Petaling Jaya khususnya dan warga Malaysia amnya bagi meriahkan lagi bulan kemerdekaan ini,” katanya. Turut hadir pada majlis pelancaran karnival itu, Pengarah Program, Datuk Dina Rizal serta Pengarah Teknikal, Nik Muhd Radzi. Maklumat lanjut hubungi Dewan Sivik MBPJ atau hubungi Nik Muhd Radzi (019 3519934, 019 2102442) atau www.mbpj.gov.my, www.gofutsal.com dan www.syoknyafutsal.com. |