mymetro
GRAND FINALJOHAN LELAKI TERBUKA : DARUL NAIM JOHAN WANITA TERBUKA : RED CHILLIES JOHAN BAWAH 17 TAHUN : JFA 2010         ZON SELATANJOHAN LELAKI TERBUKA : FAJAR SELATAN JOHAN WANITA TERBUKA : FIGOS PHOENIX JOHAN BAWAH 17 TAHUN : JFA 2010         ZON TENGAHJOHAN LELAKI TERBUKA : ALAM MEGAH A JOHAN WANITA TERBUKA : ALAM MEGAH JOHAN BAWAH 17 TAHUN : MINDA MAHIR         ZON TIMURJOHAN LELAKI TERBUKA : LOTUSCON FC A JOHAN WANITA TERBUKA : UFFC JOHAN BAWAH 17 TAHUN : AKEDEMI ISMAILIAN         ZON UTARAJOHAN LELAKI TERBUKA : EKA-MCAV JOHAN WANITA TERBUKA : PUT3 KICKERZ JOHAN BAWAH 17 TAHUN : MINDA MAHIR        
imetro
Laman Utama » Berita

Hampir separuh finalis Grand Final i-Metro meriahkan Edisi Merdeka



 

HAMPIR 45 peratus pasukan finalis Grand Final Futsal i-Metro di Terengganu, minggu lalu, sudah mengesahkan penyertaan masing-masing pada Liga Futsal HTO-Pakatan Edisi Merdeka, 30 dan 31 Ogos ini.

Bahkan ada antara pasukan berkenaan menampilkan dua wakil untuk memburu wang tunai RM51,000 yang ditawarkan sebagai juara.

Naib Presiden HTO, Khairul Annam Ilias menyambut baik penyertaan finalis Grand Final Futsal i-Metro itu biarpun bertaraf amatur, cukup bersemangat berdepan pasukan profesional.

“Pada pemerhatian saya, dalam sukan futsal, keupayaan pasukan amatur dan profesional sebenarnya tidak jauh bezanya.

“Ini kerana mutu sukan futsal kita sudah berada pada tahap meyakinkan dan HTO akan terus menyemarakkannya melalui siri liga kami,” katanya.

Antara pasukan yang sudah membuat pengesahan penyertaan adalah Brabus United, Red Galacticos, Bertam Ulu, Merc FC, Merc X, Giant Bees dan Glory United.

Liga edisi Merdeka itu mendapat kerjasama Persatuan Anak-Anak Kelantan (Pakatan) yang menggunakan nombor 51 (ulangtahun kemerdekaan) sebagai simbolik kejohanan.

Selain hadiah wang tunai RM51,000, yuran penyertaan juga sebanyak RM510. Malah baucar penginapan percuma tajaan Duta Variasi Sdn Bhd diberikan kepada pasukan ke-51, 151 dan 510.

Apa yang menarik, pasukan yang mempunyai pemain anak Kelantan akan diberikan potongan diskaun yuran penyertaan.

“Inilah keunikan kejohanan yang kami anjurkan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara,” tegas Khairul Annam.

Pasukan berminat boleh menghubungi Ahmad Faidi (017-5142388) dan Rokmar (017-5312388) untuk keterangan lanjut.

Cetak Artikel - Email kpd.Rakan

video terkini



Penyampaian hadiah Karnival Futsal i-Metro Zon Timur
video Video Terkini

Galeri Foto

Bancian

Wajarkah liga futsal di Malaysia diadakan?

Ya
Tidak




Ya   95.0% 95.00%
Tidak   5.0% 5.00%

Senarai bancian lalu


logo futsal
logo FAM       Malaysia Book of Record
 
 
Hak cipta terpelihara © Harian Metro Online. Hubungi Team Metro untuk sebarang maklum balas.