![]() |
![]() |
![]() |
|||||||
| Laman Utama | Jadual | Galeri | Info | Berita | Video | Keputusan | Pasukan | ||
Hampir separuh finalis Grand Final i-Metro meriahkan Edisi MerdekaHAMPIR 45 peratus pasukan finalis Grand Final Futsal i-Metro di Terengganu, minggu lalu, sudah mengesahkan penyertaan masing-masing pada Liga Futsal HTO-Pakatan Edisi Merdeka, 30 dan 31 Ogos ini.
Bahkan ada antara pasukan berkenaan menampilkan dua wakil untuk memburu wang tunai RM51,000 yang ditawarkan sebagai juara. Naib Presiden HTO, Khairul Annam Ilias menyambut baik penyertaan finalis Grand Final Futsal i-Metro itu biarpun bertaraf amatur, cukup bersemangat berdepan pasukan profesional. “Pada pemerhatian saya, dalam sukan futsal, keupayaan pasukan amatur dan profesional sebenarnya tidak jauh bezanya. “Ini kerana mutu sukan futsal kita sudah berada pada tahap meyakinkan dan HTO akan terus menyemarakkannya melalui siri liga kami,” katanya. Antara pasukan yang sudah membuat pengesahan penyertaan adalah Brabus United, Red Galacticos, Bertam Ulu, Merc FC, Merc X, Giant Bees dan Glory United. Liga edisi Merdeka itu mendapat kerjasama Persatuan Anak-Anak Kelantan (Pakatan) yang menggunakan nombor 51 (ulangtahun kemerdekaan) sebagai simbolik kejohanan. Selain hadiah wang tunai RM51,000, yuran penyertaan juga sebanyak RM510. Malah baucar penginapan percuma tajaan Duta Variasi Sdn Bhd diberikan kepada pasukan ke-51, 151 dan 510. Apa yang menarik, pasukan yang mempunyai pemain anak Kelantan akan diberikan potongan diskaun yuran penyertaan. “Inilah keunikan kejohanan yang kami anjurkan bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan negara,” tegas Khairul Annam. Pasukan berminat boleh menghubungi Ahmad Faidi (017-5142388) dan Rokmar (017-5312388) untuk keterangan lanjut. |