![]() |
![]() |
![]() |
|||||||
| Laman Utama | Jadual | Galeri | Info | Berita | Video | Keputusan | Pasukan | ||
Catat rekod baruOleh Alias Abd Ranilias@hmetro.com.my BERLABUHNYA Grand Final Karnival Futsal i-Metro, Sabtu lalu di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu maka secara rasmi karnival itu menutup tirai saingan 2008 penuh kenangan serta pengalaman menyeronokkan.
Walaupun berdepan kepenatan selepas berhempas pulas menjelajah setiap zon bermula Utara dan berakhir di Selatan, bulan lalu, ia sebenarnya menjelmakan beberapa penemuan menarik sepanjang berlangsungnya karnival itu. Pertama, angka penyertaan pasukan terus meningkat berbanding edisi tahun lalu dan mengambil kira jumlah penyertaan itu menunjukkan sokongan di kalangan pemain bertaraf amatur terhadap penganjuran ini terus mendapat perhatian. Untuk rekod, sejumlah 1,307 pasukan daripada tiga kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Bawah 17 Tahun di empat zon - Utara, Timur, Tengah dan Selatan mengambil bahagian kali ini berbanding 1,109 tahun lalu - satu peningkatan tanpa disedari. Sebenarnya, ketika edisi 2008 hampir memulakan tirainya Mac lalu, sudah ada tanda-tanda peningkatan penyertaan pasukan iaitu berdasarkan perbandingan penyertaan di setiap zon yang menunjukkan angka positif. Pengerusi Jawatankuasa Karnival Futsal i-Metro, Abdul Ghafar Ismail berkata, angka penyertaan edisi kali menunjukkan satu perkembangan positif bagi penganjur meneruskan penganjuran pada edisi akan datang. Beliau yang juga Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad berkata, penekanan penganjur pada edisi akan datang adalah tertumpu kepada memperbaiki beberapa kelemahan bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan pasukan bertanding. “Kami menghargai sumbangan diberikan pasukan sepanjang karnival ini berlangsung hingga mencipta angka penyertaan yang memang di luar dugaan kami. “Kami berharap, sokongan itu diteruskan pada edisi akan datang bagi memastikan ia terus menambat hati peminat tempatan. “Memandangkan akhbar Harian Metro menjadi tarikan pembaca golongan muda, selain menjadi akhbar Bahasa Malaysia nombor satu, inilah cara menghargai sokongan mereka,” katanya. |