Pengesahan
Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
SEHINGGA jam 6 petang semalam, penganjur masih belum menerima sepenuhnya borang pengesahan daripada pasukan yang sudah melayakkan diri untuk beraksi di Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2008.
Perlu diingatkan borang pengesahan pemain perlu sampai ke meja urus setia selewat-lewatnya esok bagi membolehkan penganjur membuat semakan terakhir sebelum undian Isnin ini.
Semua wakil 96 pasukan ke Grand Final dipelawa menghadiri sesi undian itu yang dijadualkan berlangsung di Balai Berita, New Straits Times Press (M) Bhd, 31, Jalan Riong, Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi.
Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung pertandingan, mereka boleh mengajukan soalan kepada jawatankuasa teknikal pada hari itu.
Sementara itu, setiap pasukan dibenarkan membuat pertukaran dua pemain namun perlu disertakan surat tunjuk sebab serta mengemukakan alasan kukuh mengapa pemain yang digantikan itu tidak boleh beraksi pada Grand Final.
Kejohanan dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos ini di Sports Planet Gong Badak dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM78,200.
Pada 15 Ogos ini, kategori Terbuka Lelaki akan memulakan saingan bermula jam 5 petang manakala Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 Tahun beraksi keesokan harinya dari jam 8 pagi hingga final.
|
|