mymetro
GRAND FINALJOHAN LELAKI TERBUKA : DARUL NAIM JOHAN WANITA TERBUKA : RED CHILLIES JOHAN BAWAH 17 TAHUN : JFA 2010         ZON SELATANJOHAN LELAKI TERBUKA : FAJAR SELATAN JOHAN WANITA TERBUKA : FIGOS PHOENIX JOHAN BAWAH 17 TAHUN : JFA 2010         ZON TENGAHJOHAN LELAKI TERBUKA : ALAM MEGAH A JOHAN WANITA TERBUKA : ALAM MEGAH JOHAN BAWAH 17 TAHUN : MINDA MAHIR         ZON TIMURJOHAN LELAKI TERBUKA : LOTUSCON FC A JOHAN WANITA TERBUKA : UFFC JOHAN BAWAH 17 TAHUN : AKEDEMI ISMAILIAN         ZON UTARAJOHAN LELAKI TERBUKA : EKA-MCAV JOHAN WANITA TERBUKA : PUT3 KICKERZ JOHAN BAWAH 17 TAHUN : MINDA MAHIR        
imetro
Laman Utama » Terkini

Pasukan diharap bersedia dengan peralatan lengkap

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

 

PENGANJUR Karnival Futsal i-Metro, akhbar Harian Metro berharap tiada lagi masalah remeh seperti penggunaan stoking panjang serta pelindung tulang kering diabaikan peserta menjelangnya aksi Grand Final pada 15 dan 16 Ogos ini.

Bagi memastikan kelancaran cabaran Grand Final yang akan berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, semua pasukan dinasihatkan sudah bersedia dengan peralatan lengkap seperti jersi bernombor, stoking panjang dan pelindung tulang kering.

Penggunaan dua peralatan serta jersi bernombor itu adalah wajib bagi setiap pemain pada aksi pemburuan hadiah yang lebih lumayan di Grand Final nanti.

Arahan pemakaian dua peralatan asas itu adalah selaras dengan peraturan yang digariskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selain bertujuan mendisiplinkan pemain.

Sementara itu, wakil 96 pasukan yang sudah menempatkan diri ke separuh akhir terutama kepada pasukan Lebah Klang, dijemput menghadiri sesi undian pada Isnin ini jam 11 pagi di Balai Berita New Straits Times Press (M) Bhd, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Bagi pasukan yang ingin membuat pertukaran pemain pula perlu memastikan ahli pasukan mempunyai nombor ahli i-metro dan jika didapati masih ada yang tidak berbuat demikian, penyertaan pasukan berkenaan akan digugurkan.

Cara bagi mendaftar menjadi ahli adalah mudah dengan anda perlu taip IM DAFTAR (nama samaran) (nombor kad pengenalan) dan hantar ke Dapat Vista 32728. Kemudian tunggu balasan daripada Dapat.

Sekiranya pemain itu sudah mendaftar, tapi terlupa nombor ahli, taip IM SEMAK dan hantar ke 32728. Jika bermasalah, sila hubungi Dapat Careline di talian 03-55692840.

Cetak Artikel - Email kpd.Rakan

video terkini



Penyampaian hadiah Karnival Futsal i-Metro Zon Timur
video Video Terkini

Galeri Foto

Bancian

Wajarkah liga futsal di Malaysia diadakan?

Ya
Tidak




Ya   95.2120383037% 95.21%
Tidak   4.78796169631% 4.79%

Senarai bancian lalu


logo futsal
logo FAM       Malaysia Book of Record
 
 
Hak cipta terpelihara © Harian Metro Online. Hubungi Team Metro untuk sebarang maklum balas.