Muslim Bulgaria
Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my
 |
SATU ketika suasana di perkampungan Dolno Isvorovo, Bulgaria kelihatan sungguh ceria. Keriangan jelas tergambar di wajah penduduknya. |
SATU ketika suasana di perkampungan Dolno Isvorovo, Bulgaria kelihatan sungguh ceria. Keriangan jelas tergambar di wajah penduduknya.
“Kami meraikan majlis khatan anak lelaki jiran kami dan menjemput penduduk kampung menghadiri majlis ini.
“Hari ini majlis begini dapat diadakan dengan sempurna berbanding ketika zaman sosialis,” kata seorang lelaki dengan penuh keseronokan.
Lebih 21,000 Muslim tinggal di kawasan itu dan gembira dapat menjalankan rutin ibadat dengan selesa.
“Kami mendapat balik tanah kami dan menggunakan kembali nama dalam bahasa Turki.
“Anak perempuan kami bekerja sebagai guru di taman pendidikan kanak-kanak, manakala sesetengah di antara kami memiliki syarikat sendiri,” kata seorang lagi penduduk.
Di Bulgaria terdapat kira-kira sejuta Muslim, iaitu 13 peratus daripada hampir lapan juta penduduknya.
Seperti kumpulan agama lain, mereka mendapat kebebasan selepas perubahan arus politik pada 1989.
Islam mula menyinari bumi Bulgaria pada akhir kurun ke-14, iaitu selepas penguasaan Empayar Uthmaniyah.
Bagi Muslim Bulgaria, mereka juga dipanggil Pomak, Ahryan, Poganets, Marvak dan Poturnak di kalangan pen duduk tempatan.
Bagaimanapun, gelaran Pomak kadang-kadang membang kitkan kemarahan masyarakat kerana dianggap sebagai peng hinaan.
Sebaliknya gelaran yang selalu digunakan ialah ‘Bulgari Mohamedani’ yang merujuk kepada Muslim Bulgaria.
Sesetengah mereka adalah keturunan nenek moyang ber agama Kristian, tetapi memeluk Islam antara kurun ke-16 dan 18, iaitu pada masa pendudukan Kerajaan Uthmaniyah.
Disebabkan bertutur bahasa Bulgaria, mereka disifatkan minoriti agama di kalangan etnik.
Muslim Bulgaria kebanyakannya tinggal di Rhodopes, Wi layah Smolyan, bahagian selatan Pazardzhik serta wilayah Kardzhali dan bahagian timur wilayah Blagoevgrad di selatan Bulgaria, terutama Xanthi dan Rhodope Prefectures di Timur Laut Greece.
Ada juga yang menetap dalam kumpulan di kampung di wilayah Lovech bahagian utara Bulgaria dan wilayah Golo Bardo, Albania.
Ada yang tinggal di kawasan perbandaran Zlatograd, Ne delino, Krumovgrad dan Kirkovo dan menukar agama kepada Kristian pada 1990-an.
Cuma mereka yang tinggal di Pirin dan pinggir Rhodopes di sebelah barat iaitu di daerah Pazardzhik dan Blagoevgrad kuat beragama serta mengguna nama, pakaian dan adat sebagai orang Islam.
Begitupun, hari ini kebanyakan Muslim di Bulgaria mem punyai nama Slavic-Bulgaria, berbeza dengan nama Arab/Turki yang digunakan sebelum ini.
Malah, majoriti mereka lebih senang memperkenalkan diri sebagai orang Bulgaria dalam banci penduduk pada 1992 dan 2001. Segelintir penduduk di barat Rhodopes memilih untuk dikenali sebagai etnik Turki.
Pada asasnya Muslim Bulgaria bercakap pelbagai dialek purba, tetapi disebabkan pengaruh media massa dan pendidikan di sekolah, dialek berkenaan disatukan menjadi bahasa baku.
|
|