Kemudahan gimnasium di Masjid Negara
MASJID Negara muncul institusi ibadah pertama mem punyai kelengkapan gimnasiumk apabila sebuah syarikat pembekal peralatan itu sudi memberikan sumbangan untuk dimanfaatkan tetamu masjid, baru-baru ini.
Kelengkapan itu yang dipasang di laman terbuka berdekatan pintu masuk masjid boleh dimanfaatkan kanak-kanak, je maah dan pelancong selain ibu bapa yang menunggu anak mereka di taman pendidikan kanak-kanak bersebelahan.
Pengurus Operasi Global Smart Vision, Ibrahim Abu Bakar, berkata pemasangan kemudahan itu secara percuma di Masjid Negara adalah sebahagian tanggungjawab pihaknya kepada masyarakat Islam.
Menurutnya, cadangan untuk memasang kemudahan ter babit datang daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ingin melihat sebuah masjid contoh.
“Jakim mahu melahirkan umat yang sihat dan masjid pelbagai fungsi, justeru Masjid Negara menjadi contoh dalam usaha ini,” katanya.
Katanya, kelengkapan gimnasium terbabit adalah alat sukan santai yang mudah digunakan.
“Sesiapa sahaja boleh menggunakan kemudahan itu kerana ia percuma, berbeza jika anda ke gimnasium, perlu membayar yuran keahlian.
“Kelengkapan ini berkualiti kerana ia diimport selain tahan cuaca untuk empat musim berbeza,” katanya, yang turut merancang untuk memperkenalkan kelengkapan itu di mas jid lain.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Mu hammad menyambut baik kemudahan gimnastik itu kerana ia boleh memakmurkan masjid.
Katanya, masjid akan makmur jika wujud pelbagai ke mudahan, sekali gus menjadi tumpuan masyarakat sepanjang masa.
“Saya berharap masjid lain pun ada kemudahan ini kerana ia baik untuk kesihatan,” katanya.
Beliau berkata, Islam sendiri memberikan penekanan ter hadap penjagaan kesihatan dan pembentukan tubuh badan yang cergas.
“Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan kita menjaga ke sihatan keana melalui badan yang sihat, urusan ibadat lebih sempurna. Fikiran cergas berpunca daripada tubuh badan yang sihat.
“Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah di Masjid Negara, sambil tunggu anak bolehlah beriadah bersama keluarga,” katanya.
|
|