» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Usia tak halang dalami agama

Teks dan gambar Abdul Jalil Ishak
rencana@hmetro.com.my



UMAT Islam perlu membaca al-Quran setiap hari kerana ia mengandungi pelbagai mukjizat yang boleh mambawa manusia kepada kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Antaranya, ganjaran pahala dijanjikan Allah selain memberi syafaat di akhirat.


Bagi mendidik masyarakat menghayati al-Quran, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperkenalkan program Sijil Pengajian Syariah dan Usuluddin.

Program itu terbuka kepada calon berminat di institusi masjid seluruh negeri setiap Sabtu dan Ahad.

Program itu mengenakan yuran berpatutan. Pengajian diadakan selama empat semester dan peperiksaan dijalankan di Pusat Pengajian Islam, UMCCed, Kuala Lumpur.

Di Masjid Sentosa, Rawang, Selangor, seramai 21 pelajar mengikuti program itu yang dikendalikan UMCCed dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ketua pelajar, Jamilah Hassan, 40, yang juga bekas guru dari Singapura, berkata kebanyakan pelajar terdiri daripada mereka yang bekerja, suri rumah dan pesara.

“Kelas diadakan setiap Sabtu bagi Pengajian Usuluddin manakala kelas Pengajian Syariah diadakan setiap Ahad di Masjid Jamek Sentosa, Bukit Beruntung.

“Peserta juga mengikuti pangajian tajwid dikelolakan Jais,” katanya.

Seorang bekas guru bahasa Inggeris, lulusan Maktab Perguruan Seri Pinang, Rohana Ahmnad Zainal Ariffin, 42, berkata dia gembira menyambung pengajian secara sambilan bagi mendalami bidang syariah dan ilmu tajwid.

“Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu bagi lelaki dan wanita. Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril supaya membaca surah pertama al-Quran, iaitu al-Alaq.

“Saya rasa terpanggil mengikuti pengajian ini bagi memperdalami bidang agama,” katanya.

Seorang peserta yang juga ketua pelajar lelaki, Rohaizad Sharif, 41, berkata pengajian diajar amat komprehensif.

“Isi pelajaran mantap dan kami banyak belajar pelbagai perkara baru daripada tenaga pengajar bertauliah bagi mata pelajaran diajar,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, kitab rujukan diguna ialah Tajwid Quran Rasm Othmani susunan Abdul Kadir Leong. Menurutnya, buku itu mudah diikuti dan isi kandungannya lengkap.

Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai program UMCCed ini boleh menghubungi Nasaruddin di talian 012-2956382.



>Info

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Perbandingan seorang mukmin membaca al-Quran seperti sebiji limau harum baunya dan enak pula rasanya. Manakala perbandingan mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak berbau harum walaupun rasanya enak dan manis.”

Selain menjadi petunjuk kepada mereka bertakwa, al-Quran menunjukkan kepada mereka tanda kekuasaan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah bermaksud: “Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi orang yang bertakwa.”

Demikian juga dalam surah Fusilat, ayat 53 bermaksud: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?”

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker