» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Belajar urus jenazah HIV

Teks dan gambar Ramli Ibrahim




JABATAN Agama Islam Gua Musang baru-baru ini mengadakan kursus khas pengurusan jenazah di Surau Perpaduan di Jalan Kesedar Inn dalam usaha mendedahkan ilmu pengurusan jenazah kepada generasi muda..

Kehadiran lebih 200 penduduk membabitkan lelaki dan wanita termasuk remaja membuka minda mereka untuk menjadi pengurus jenazah yang mahir sekali gus mewarisi pengendalian tugas itu daripada golongan sudah berusia tua.


Pendedahan mengenai pengurusan jenazah itu penting supaya remaja lebih mendekatkan diri untuk melakukan amalan kebaikan dan menghindari mereka daripada terjebak dengan gejala tidak sihat.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata peluang jarang dilakukan pelbagai pihak tetapi menjadi tanggungjawab jabatan berkenaan mengatur ceramah supaya kursus demikian memberikan manfaat besar kepada umat Islam.

“Selain daripada penceramah disediakan khusus daripada jabatan itu, beberapa pegawai daripada Jabatan Kesihatan Gua Musang turut dijemput untuk memberi pendedahan mengenai cara pengurusan jenazah pembawa HIV.

“Peserta diberi pendedahan itu secara praktikal bagi memahirkan mereka mengendalikan pengurusan jenazah dengan teratur dan mengikut hukum agama,” katanya.

Menurut Anuar, kursus itu sentiasa mendapat sambutan penduduk tempatan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker