» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Tarik minat jemaah

Teks dan gambar Fauzi Rahim Mustafa




ISLAM amat menggalakkan umatnya sentiasa kelihatan bersih kerana dengannya ia boleh memberi tafsiran positif golongan bukan Islam sekali gus menaikkan imej seorang Muslim.

Ia bukan saja terhad kepada fizikal seseorang tetapi juga persekitarannya terutama tempat beribadat seperti surau dan masjid.


Mengambil iktibar itu, ahli jawatankuasa surau Salman Al-Farisi (SAF) menganjurkan gotong-royong membersihkan kawasan surau membabitkan lebih 100 ahli kariah setempat dan 170 pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP), di Bandar Puteri Jaya Fasa 1, di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Imam SAF, Zulkifli Mahmud, berkata surau itu dibina dan mula digunakan pada akhir 2002 hasil sumbangan orang ramai.

“Selain melakukan solat berjemaah lima waktu, surau SAF berperanan mengadakan aktiviti untuk kebajikan anak tempatan seperti kelas tuisyen, kelas fardu ain dan agama, tazkirah, ceramah agama serta bahasa Arab.

“Sudah tentu aktiviti berkenaan memerlukan persekitaran terurus, bersih dan selesa bagi menarik minat jemaah terutama golongan kanak-kanak sebagai pewaris Islam,” katanya.

Zulkifli berkata, berikutan tenaga kerja yang agak terhad ketika itu, tidak banyak yang boleh dilakukan pihaknya mencantikkan surau sama ada di dalam atau di kawasan persekitarannya.

“Alhamdulillah, dengan gerak kerja ahli jawatankuasa sehingga kini, surau SAF mula diindahkan dengan aktiviti gotong-royong secara besar-besaran membabitkan masyarakat luar kawasan perumahan ini,” katanya.

Pengerusi surau, Abdul Rahman Abdul Kadir Jelani, berkata sebelum ini pihaknya hanya melakukan pembersihan membabitkan penyertaan penduduk berhampiran.

“Pihak kami amat terharu dengan kesudian pelajar KKSP melalui Pengarahnya, Md Noor Baharom, untuk turut sama berganding bahu membersihkan kawasan surau.

“Walaupun serba kekurangan, pihak kami sering mendapat sumbangan daripada kariah serta pihak prihatin antaranya Jabatan Pembangunan Negeri Kedah yang menyalurkan RM70,000 dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dalam bentuk pembinaan landskap,” katanya.

Menurutnya, kini surau SAF sudah boleh melakukan solat Jumaat sejak April lalu dengan pertambahan penduduk di fasa berkenaan yang berjumlah kira-kira 3,000 orang.

Abdul Rahman, berkata program mengindahkan surau SAF itu dilakukan kerana kawasannya memerlukan suasana bersih sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah.

“Pihak ahli jawatankuasa SAF akan terus mengindahkan surau dari semasa ke semasa bertepatan dengan galakan agama yang mahukan umatnya mengamalkan kebersihan.

“Apabila tuntutan agama dipenuhi, ibadat yang dilakukan bertambah khusyuk sekali gus mencerminkan ketakwaan kepada Allah,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker