» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Kursus bersepadu saudara baru

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my



BAGI memantapkan lagi pengetahuan mengenai Islam dan teknik dakwah di kalangan saudara baru, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menjayakan satu kursus bersepadu di Ladang Kongsi 6, Bedong, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Program latihan dakwah, ziarah dan tarbiah dalam bahasa Tamil itu anjuran Perkim dengan kerjasama Pusat Bimbingan Islam (Pusba) Negeri Kedah, Pertubuhan India Muslim Bedong dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Majlis dihadiri kira-kira 50 peserta membabitkan pendakwah dan urusetia saudara baru.

Melalui program itu, peserta berpeluang memperkemaskan keimanan dan keperibadian Muslim dalam semua aktiviti, sekali gus dapat melahirkan pendakwah profesional dan serba boleh.

Ia juga membolehkan mereka mengadakan hubungan lebih erat dengan masyarakat India bagi memberi penjelasan mengenai akidah dan akhlak selain menangani gejala murtad.

Dalam program itu, peserta ditekankan solat berjemaah, kuliah dan ceramah agama terutama membabitkan sifat pendakwah dan pendidik, metodologi dakwah, keunggulan Islam dan dakwah sebagai bekalan akhirat.

Antara penceramah ialah pensyarah kanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Azizan Ahmad, Muhammad Naim Islam Abdullah (Pusba), Muhammad Ikramul Haq (Imam Masjid Nagore, Alor Star) dan Azmi Bahari (Maahad Tarbiah Islamiah).

Mereka juga dibawa menziarahi warga emas di Rumah Sri Kenangan, Bedong, bagi melahirkan keinsafan dan meningkatkan persaudaraan sesama Muslim.

Di Rumah Sri Kenangan, Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Abdul Hanif Harun yang turut mengikuti rombongan berkenaan menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada wakil warga emas.

Mereka turut menziarahi saudara baru di sekitar Bedong, bertanya khabar dan menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Pada kesempatan itu juga, mereka menghulurkan sumbangan makanan dan keperluan harian seperti beras kepada golongan terbabit.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker