» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Muslim Balkan puasa serentak

Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my



BAGI mewujudkan kesatuan dan semangat perpaduan, pihak berkuasa agama Islam di wilayah Balkan termasuk Bosnia, Serbia, Macedonia, Montenegro dan Slovenia bersetuju menentukan permulaan puasa Ramadan pada 1 September ini.

“Kami mengikuti perkiraan astronomi bagi menentukan kiraan kalendar. Jadi, hari pertama Ramadan akan ditentukan di Bosnia pada 1 September,” kata pegawai Islamic Sheikdom (pihak berkuasa Islam) Bosnia, Subhi Wassim.


Bosnia Herzegovina yang pernah menjadi medan korban kira-kira 8,000 nyawa 15 tahun lalu, mempunyai hampir 40 peratus Muslim daripada keseluruhan 3.8 juta penduduk pelbagai agama dan etnik.

Sepanjang Ramadan, Muslim menahan diri daripada makan, minum, merokok dan hubungan seks mulai fajar hingga matahari terbenam.

Sementara itu, Serbia yang mempunyai penduduk Muslim hampir setengah juta orang akan mula berpuasa pada hari yang sama dengan Bosnia.

“Kami menganggap diri kami sebahagian daripada institusi Islam di Bosnia dan bekerjasama dengan mereka dalam semua perkara,” kata pegawai media Islamic Sheikdom Serbia, Hajrudin Balic.

Islamic Sheikdom di Croatia juga akan mengikuti langkah jirannya, Bosnia dalam menentukan permulaan Ramadan, kata sumber di Islamic Sheikdom Bosnia.

Penentuan anak bulan selalunya menjadi isu kontroversi di kalangan negara Muslim, malah di kalangan cendekiawan juga berselisih faham mengenainya.

Ketika sekumpulan cerdik pandai berpendapat umat Islam di pelbagai wilayah dan negara sepatutnya mengikuti anak bulan yang sama selagi negara terbabit berkongsi malam yang sama, ada pendapat mendakwa negara Muslim sepatutnya berpegang dengan kalendar Arab Saudi.

Walaupun berlaku perbezaan pendapat, malah wujud perselisihan di kalangan sesetengah pihak dalam menentukan anak bulan, tetapi apabila ia diumumkan pihak berkuasa, umat Islam di sesebuah negara terbabit sepatutnya mengikuti pengumuman itu.

Umat Islam di Macedonia iaitu 33 peratus daripada dua juta penduduk, akan mengikuti Turki dalam menentukan permulaan Ramadan.

“Islamic Sheikhdom Macedonia dan Dar al-Ifta di Turki mempunyai persetujuan, bagi menyatukan semua urusan berkaitan Islam, mengikut kiraan astronomi,” kata seorang guru di sebuah sekolah kelolaan pertubuhan itu, Afrim Alija.

Bahagian Hal Ehwal Agama Turki, ada mengumumkan melalui laman sesawang permulaan Ramadan akan jatuh pada 1 September.

Pihak berkuasa Islam di Slovenia, membabitkan 2.4 peratus Muslim daripada dua juta penduduk, bersetuju juga dengan Turki dan Bosnia terhadap tarikh permulaan puasa pada bulan mulia, Ramadan.

Mufti Montenegro, Jusuf Gjoken, berkata negara itu yang berpenduduk 140,000 Muslim, iaitu membabitkan 20 peratus daripada keseluruhan penduduk, akan diselaras dengan Bosnia dan Turki bagi menentukan permulaan Ramadan.

“Kami tinggal di negara berjiran dan menjadi kesalahan sekiranya tiada kesepakatan dalam menentukan permulaan puasa.

“Kesatuan umat Islam di Balkan adalah perkara paling utama kepada semua masyarakat Islam di wilayah ini,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker