» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Hidup berkat jiwa tenteram

Teks dan gambar D J Dolasoh
djdolah@yahoo.com.my



KEBERKATAN dalam hidup menjadi impian setiap Muslim kerana termasuk dalam qarinah dan tanda seseorang itu mendapat keredaan Allah dunia dan akhirat di samping jalan mencapai kebahagiaan.

Tazkirah, ‘Mencari Barakah Dalam Kehidupan’ anjuran bersama Pejabat Agama Islam Lenggong, Perak dan Majlis Daerah Lenggong di Dewan Merdeka Lenggong, baru-baru ini, adalah mukadimah rahsia mencari keberkatan hidup.


Program dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan, pelajar sekolah dan wakil kariah Lenggong itu disampaikan Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Menurutnya, pelbagai unsur yang mengekang umat sekarang mencapai keberkatan dalam kehidupan melalui amalan seharian termasuk melakukan dosa sama ada secara disedari atau tidak dan menyimpang daripada jalan Allah sehingga menerima bala sebagai balasan.

“Justeru, perkara pertama kita mesti lakukan ialah dengan banyak beristighfar atas dosa yang dilakukan.

“Istighfar ini sebagai tanda kita mengakui kesalahan dilakukan dan cara menghapusnya ialah bertaubat tidak melakukan lagi,” katanya.

Zamri berkata, selain itu, tugas mendidik anak menjadi insan mulia selaras kehendak agama dan memperoleh kebahagian keluarga termasuk tanda keluarga itu memperoleh keberkatan.

“Antara tanda keluarga mendapat reda Allah dan barakah-Nya ialah apabila semua anggota keluarga itu menunaikan kewajipan solat lima waktu, membaca al-Quran di samping menginfak (membelanjakan) harta ke jalan kebajikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Program, Noor Wahida Abu Seman, berkata matlamat utama program tazkirah itu bagi menjadikan ummah mendapat barakah Allah dalam kehidupan.

Seorang peserta, Abu Bakar Mat Saleh, 48, berkata melalui program ini peserta mendapat banyak ilmu khususnya berkaitan cara mendapat keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

“Banyak panduan disampaikan penceramah bagi dijadikan panduan mencari keredaan Allah,” katanya.

Rohaya Mat Nayan, 45, berkata barakah dicapai melalui kehidupan keluarga yang diredai Allah kerana apabila semua isi rumah mengamalkan makruf dan menjauhi mungkar, keberkatan Allah akan dapat dinikmati.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker