» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Khemah remaja harapan

Teks dan gambar Fauzi Rahim Mustafa
fauzee@hmetro.com.my



BAGI remaja muslim, sebarang tingkah laku mencerminkan keperibadian mereka sekali gus memberi pelbagai persepsi sama ada baik atau buruk daripada masyarakat sekeliling.

Justeru, penampilan diri secara berhemah, berdisiplin, menghormati orang lain perlu dipraktikkan agar mereka dilihat sebagai pembela addin.


Gejala sosial yang membabitkan kebanyakan remaja muslim pada masa kini disebabkan mereka mengambil mudah ajaran al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w.

Berdasarkan keprihatinan itu, Badan Bertindak Membanteras Gejala Sosial Sungai Petani (Tegas) menganjurkan Khemah Remaja Harapan, di Kem Al Hidayah, Kampung Raga, Yan, Kedah, baru-baru ini.

Presiden Tegas, Aziz Man, berkata penganjuran khemah itu bertujuan membina sahsiah dan insan terpuji di kalangan remaja muslim dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Khemah itu bagi memberi pendedahan awal kepada peserta betapa penting mengamalkan kehidupan madani bagi membentuk sahsiah muslim yang dihormati dan terpuji.

“Selain diisi dengan ceramah motivasi, peserta diajar mengamalkan hidup secara Islam demi mewujudkan keluarga harmoni,” katanya.

Menurutnya, selain itu khemah berkenaan diharap memastikan peserta berusia antara 13 tahun hingga 20 tahun itu menguasai ilmu kepemimpinan mengikut lunas agama.

“Ini penting kerana peserta yang masih ‘hijau’ mudah dibentuk dengan harapan mereka bakal menjadi insan berguna.

“Galakan ibu bapa antara faktor pemangkin kepada kesediaan peserta menerima tunjuk ajar secara berkesan,” katanya.

Menurut Aziz, antara pengajaran yang diutamakan ialah membina benteng ketahanan jitu kepada peserta dengan berpaksikan agama Islam.

“Apabila ajaran agama diterapkan dalam pemikiran peserta, kami berharap mereka tahu membezakan baik dan buruk,” katanya

Menurut beliau, aspek solat amat diutamakan kerana ia benteng paling ampuh bagi remaja muslim untuk muncul sebagai insan cemerlang dan dihormati.

“Solat ialah tiang agama dan peserta mesti disediakan dengan disiplinnya supaya terus sebati dalam diri,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker