» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Ulasan Buku: Memahami konsep Islam Hadhari






Tajuk: Rukun Iman & Rukun Islam, Asas Pendekatan Islam Hadhari

Penulis: Mokhtar Jamil dan Heru Martono


Cetakan Pertama: Ogos 2008

Penerbit: Hemarco Sdn Bhd

Harga: RM10



KEFAHAMAN mengenai Islam Hadhari tidak sama antara sesetengah pihak. Ada yang bersetuju dan menerimanya, ada tidak memahami dan keliru, menolak pendekatan itu.

Bagi kalangan pelajar yang kurang pengetahuan dan pendedahannya, tidak mustahil mereka turut terkeliru, malah ada bertanya, apakah Islam Hadhari itu satu lagi agama lain berbeza dengan Islam yang diamalkan sekarang?

Atas kesedaran dan tanggungjawab menjernihkan persoalan ini mendorong penulis, Mokhtar Jamil menghasilkan karya berjudul Rukun Iman & Rukun Islam, Asas Pendekatan Islam Hadhari, diusahakan bersama rakan dari Jakarta, Heru Martono.

Buku itu dipersembahkan dengan gaya santai, 76 halaman dengan saiz tulisan yang agak besar lagi jelas, sekali gus tidak memberikan tekanan kepada pembaca terutama generasi muda di bangku sekolah untuk menatapnya.

Penulisan pada setiap topik menggabungkan hujah logik serta nas al-Quran dan hadis, tetapi tidak dibahaskan secara ilmiah, kerana penulis beranggapan penulisan berunsur ilmiah memerlukan daya fikir yang tinggi untuk memahaminya dan bukan semua orang mampu menelaahnya. Unsur penerangan, nasihat dan kata positif digunakan dalam usaha menyampaikan mesej kepada pembaca buku terbabit.

Menurut penulis, buku itu didatangkan bukan untuk membahaskan persoalan Rukun Iman dan Islam semata-mata kerana sudah banyak buku lain di pasaran, sebaliknya bertujuan mengasah dan membuka minda pembaca supaya lebih faham terhadap Islam dan segala prinsipnya.

“Ramai orang sudah tahu Rukun Islam dan Rukun Iman, malah amal ibadat mereka dari dulu sampai sekarang tidak diabaikan.

“Malah, ramai yang tahu, generasi Islam terdahulu kuat, malah lebih kuat daripada generasi hari ini, sehingga merintis tamadun umat, dihormati dan disegani dunia.

“Tetapi mengapa generasi hari ini lemah, tidak dihormati, malah diperkotak-katikkan? Jawapan ini tidak semua yang tahu, malah tidak ramai yang berminat memikirkannya dan sebab itu saya berasa tanggungjawab menghasilkan buku ini,” katanya.

Justeru, beliau menggarapkan ideanya berpandukan dalil al-Quran, sunnah, hujah logik dan konsep Islam Hadhari, supaya istilah itu dekat dengan hati pembaca, sekali gus tidak berasakan ia sesuatu yang asing dan pelik.

Sasaran utama buku itu adalah pelajar sekolah, terutama di sekolah menengah supaya dapat memahami dasar yang diperjuangkan kerajaan.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker