» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Tazkirah Remaja: Syukuri nikmat merdeka

Bersama Mohd Zawawi Yusoh




KEMERDEKAAN boleh difahami sebagai bebas daripada perhambaan, keterikatan, lepas daripada dikenakan tuntutan, tidak bergantung nasib kepada orang, bangsa atau negara lain.

Merdeka juga bermakna bebas daripada belenggu kelemahan peribadi dan keruntuhan moral, penyakit dan kemiskinan yang membingkai serta menghalang manusia daripada mencapai darjat kemanusiaan sejati.


Dalam konteks negara, kemerdekaan bermaksud terlepas daripada penjajahan, seperti penjajahan politik, ketenteraan, ekonomi, budaya dan maklumat.

Kemerdekaan disorot menurut sirah Islam terkandung dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera Rom, maksudnya:

“Allah mengutuskan kami (orang Islam), untuk memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam serta daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehnya daripada didikan Nabi s.a.w bahawa penjajahan bukan saja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah s.a.w berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan Baginda?

Penemuan sirah memaparkan tujuannya ialah untuk memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia sama ada agama yang dicipta manusia yang dijadikan sembahan, fahaman atau anutan.

Selain itu, ia membebaskan manusia daripada dibelenggu matlamat dunia yang sempit melalui kesedaran bahawa dunia adalah sementara dan menjadi tempat persinggahan serta menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat sebagai kehidupan sebenar.

Agama perlu menjadi tunjang utama kepada masyarakat bagi mengekalkan kemerdekaan negara dan diikuti oleh pendidikan.

Nilai agama yang murni serta sistem pendidikan yang sempurna mampu membawa negara ke puncak kejayaan.

Realitinya, sambutan Hari Kebangsaan ini sepatutnya bukan sekadar disambut hanya dengan bersuka ria semata-mata, tetapi dengan semangat tersendiri.

Pertama, menghayati kemerdekaan serta bersyukur di atas rahmat kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan. Tanpa ini semua, kemerdekaan yang dicapai tiada maknanya.

Kedua, menguasai ilmu bukan saja soal fiqah, tetapi bidang sains yang menjadi asas kepada tamadun manusia. Ketiga, meletakkan kepentingan ummah dalam merumuskan ijtihad. Ia adalah satu seruan yang penuh dengan sinergi. Ia juga titik tolak kepada kebangkitan ummah Islam khususnya dalam menyambut tanggal 31 Ogos.

Masih ramai anak muda yang rendah daya minda, beku intelektual dan longlai gerak langkah, sedangkan Barat sudah melahirkan ramai sarjana yang memiliki ufuk cendekiawan serta tahap kebijaksanaan berkualiti namun kita masih lagi meraba-raba dalam gelap kejahilan.

Kabus akhlak kian terhakis dan motivasi keimanan semakin tercabut daripada nilai kemanusiaan. Barat dengan kekuatan dan kekuasaannya meneruskan penjajahan serta imperialisme.

Justeru, marilah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan penuh kesedaran dan penghayatan, melihat kelemahan dan cuba memperbaikinya, supaya kita sama-sama maju dalam erti kata, sebenarnya - maju minda, maju akhlak dan budi pekerti serta maju kehidupan keseluruhannya. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-51.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker