» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Ulasan Buku: Koleksi doa pilihan amalan harian






Tajuk: Doa-doa Pilihan Rasulullah

Pengarang: Datuk Hj Rashid Redza Hj Mohd Salleh (Mufti Melaka)


Penerbit: Knaz Studio

Harga: RM20 (Semenanjung), RM22 (Sabah/Sarawak)



"DAN Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." (al-Mu'min:60)

Ayat di atas menekankan pentingnya umat Islam menjadikan doa sebagai amalan harian kerana banyak kelebihan, bukan saja mendapatkan kebaikan, malah menolak kejahatan.

Justeru, mereka yang tercari-cari kumpulan doa untuk amalan harian patut membaca buku Doa-doa Pilihan Rasulullah yang diterbitkan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Buku ini bersaiz kecil, sebesar telapak tangan dan amat praktikal untuk dijadikan teman ke mana-mana.

Buku terbabit bukan hanya menghidangkan koleksi doa, malah panduan berdoa, penerangan faedah berdoa, waktu doa dimakbulkan, mereka yang dimakbulkan doanya dan mereka yang terhalang doa dan syarat dalam berdoa.

Turut diberikan penjelasan mengenai usaha atau ikhtiar yang sesuai dengan syariat, hukum percaya kepada peramal, dukun, ahli sihir, paranormal dan zodiak, yang sudah tentu memberikan suatu pengetahuan berguna kepada pembaca di samping mengamalkan doa yang dimuatkan.

Diterangkan juga adab berdoa seperti ikhlas, berdoa dalam keadaan suci dan tidak tergesa-gesa.

Pembaca juga dapat menambah pengetahuan mengenai waktu doa dikabulkan, mereka yang doanya dikabulkan dan golongan yang terhalang makbul doa.

Koleksi doa yang disediakan lengkap dengan sumber sahih dan diperkuatkan dengan hujah daripada al-Quran dan sunnah.

Buku kecil setebal 242 muka surat ini memadai memberikan bimbingan kepada pembaca mengamalkan doa dalam kehidupan seharian.

Istimewanya juga dalam satu-satu topik ada disertakan beberapa doa, berbeza dari aspek panjang dan pendek, seperti doa untuk berbuka puasa, disediakan tiga doa yang boleh dipilih pembaca untuk diamalkan:

(1) "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mencukupi segala sesuatu agar Engkau mengampuniku."

(2) "Ya Allah, untuk-Mulah aku berpuasa dan dengan rezeki daripada-Mu aku berbuka."

(3) "Ya Allah, untuk-Mulah kami berpuasa dan dengan rezeki daripada-Mu kami berpuasa. Maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker