Kongsi juadah terbaik
Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my
Pada bulan Ramadan muslim di kebanyakan perkampungan Bulgaria menjadi sebuah keluarga besar berbuka puasa bersama-sama.
Setiap hari sebuah keluarga muslim di selatan kampung Chepintsi memasak juadah berbuka bagi seluruh masyarakat terbabit.
Muslim berduyun-duyun ke masjid di kampung terbabit, di mana jamuan disediakan dan berbuka puasa bersama-sama.
“Ini adalah satu daripada tradisi kecantikan Ramadan,” kata Mufti Besar Bulgaria, Mustafa Haci.
“Keluarga bersaing menunjukkan kemurahan hati dengan penyediaan juadah terbaik mereka untuk rakan muslim yang berpuasa.”
Sungguhpun jemputan keluarga biasanya membayar bil bagi hidangan berbuka, kadang kala sukarelawan institusi fatwa berkongsi membiayainya.
“Kami suka memberikan bantuan membiayai hidangan berbuka sama ada melalui bajet kami atau sumbangan asing,” kata Haci.
Seperti berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia, muslim di Bulgaria juga mula berpuasa pada Isnin 1 September.
Sepanjang Ramadan, muslim (sudah baligh) kecuali yang sakit dan musafir wajib mengerjakan ibadat puasa, menahan diri daripada makan, minum, merokok dan hubungan seksual sepanjang (siang) hari bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Umat Islam meluangkan waktu pada bulan mulia ini untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui pelbagai amal ibadat, seperti solat dan membaca al-Quran, malah sentiasa menahan diri daripada terikut dengan nafsu dan mempamerkan akhlak yang baik.
Hidangan juadah berbuka secara beramai-ramai di dalam masyarakat bukan hanya popular di perkampungan majoriti muslim.
“Banyak keluarga muslim di bandar mengundang rakan dan jiran mereka untuk berbuka,” kata seorang penuntut, Sami Fazliiski, dari bandar Rudozem, yang dihuni majoriti muslim.
“Ini ialah tanda keharmonian hubungan sosial di kalangan muslim Bulgaria sepanjang bulan puasa yang mulia.”
Penaja mengalu-alukan kedatangan orang ramai sebelum azan Maghrib pada setiap majlis berbuka (iftar).
“Mereka semua duduk bersama, berbual mengenai rutin hidup mereka sepanjang Ramadan,” kata Fazliiski.
“Seorang daripada tetamu kemudian memberikan sedikit ulasan (tazkirah) mengenai makna puasa sebelum mereka berbuka dan solat Maghrib,” katanya.
“Kemudian setiap orang tertumpu ke masjid menunaikan solat Tarawih,” katanya.
Fazliiski berkata, ramai muslim menjemput kawan dan jiran bukan muslim untuk berbuka.
“Mereka bercakap mengenai makna dan kepentingan berbuka, lebih-lebih lagi pengetahuan Islam.”
Menurut perangkaan rasmi, muslim kebanyakannya etnik Turki keturunan Empayar Uthmaniyah meningkat di Eropah, menjadikan lebih daripada 12 peratus daripada 7.8 juta penduduk Bulgaria. Tetapi institusi fatwa negara itu meletakkan hampir 25 peratus.
Orang Islam di negara terbabit dan mereka beragama Kristian berkongsi kehidupan, dengan semangat kebersamaan, dalam budaya dikenali sebagai “komshuluk” atau hubungan kejiranan.
|
|