» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Lain bangsa, lain cara

Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my



MUSLIM seluruh dunia menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal, Rabu lalu yang disebut sebagai hari kemenangan, hari hadiah dan hari bersuka ria, kerana masing-masing gembira menyambutnya, selepas sebulan berpuasa.

Biasanya Muslim meluangkan tiga hari berturut-turut meraikan hari kemenangan ini dengan berkongsi kegembiraan bersama yang lain.


Menyambut hari yang mulia itu, Muslim selalunya bangun awal untuk membersihkan diri, menunaikan solat sunat hari raya di masjid, berkumpul seisi keluarga, menziarahi rakan taulan dan anggota masyarakat bersama antara kaya dan miskin, tua dan muda, yang melambangkan perpaduan dan keharmonian.

Hari raya secara prinsipnya disambut senada oleh Muslim, walau di mana juga mereka berada, berbilang bangsa, adat dan bahasa, cuma jika ada sedikit kelainan daripada aspek budaya yang menambahkan lagi seri Aidilfitri.

Emina dari Bosnia berkata, pada Syawal penduduk di negaranya bangun lebih awal, mengenakan pakaian terbaru dan bagi lelaki bergegas ke masjid untuk bersolat hari raya, manakala wanita tinggal di rumah dan memasak makanan.

Menurutnya, satu jenis makanan yang mesti ada pada setiap rumah penduduk Bosnia pada hari raya ialah ‘baklava’.

“Selepas lelaki pulang dari solat, kami menikmati makanan bersama kemudian kanak-kanak diberikan hadiah (biasanya duit).

“Kanak-kanak juga bertandang ke rumah jiran dan berkata kepada jiran terbabit ‘bajram serif mubarek olsun’ yang bermaksud ‘Aidilfitri yang diberkati’ dan untuk itu juga mereka mendapat duit raya.

“Pada hari lain kami meluangkan masa mengunjungi kawan dan sanak-saudara,” katanya.

Khalid dari Thrace, di timur laut Greece, berkata Aidilfitri agak asing di negara itu.

“Di Thrace, turut dihuni penduduk Muslim, ada masjid, membolehkan anda mengunjunginya serta bersolat tarawih sepanjang Ramadan dan meraikan Aidilfitri selepas Ramadan.

“Penduduk berkumpul pada awal pagi, mereka bersolat dan kemudian mengagihkan gula-gula kepada setiap orang, dengan orang ramai bersatu, kawan-kawan diundang.

“Sebagai seorang pelajar (muallaf) saya tidak mempunyai ahli keluarga untuk menyambut Aidilfitri, tetapi saya mempunyai ramai kawan di sini, syukur kepada Allah, jadi kami berkumpul bersama.

“Di Athens tidak terdapat satu masjid pun tetapi Aidilfitri juga disambut di kalangan keluarga Muslim. Saya mengucapkan Aidilfitri kepada semua,” katanya.

Usman-min dari Linxia, China, berkata Muslim di Linxia biasanya bangun awal pada pagi hari raya, memakai pakaian baru, menjamah sarapan pagi dan pergi ke masjid bersama kanak-kanak.

“Selepas selesai solat sunat berjemaah, orang ramai dengan kopiah meluangkan masa menziarahi saudara-mara dan sahabat handai (mengikut adat yang muda mengunjungi yang tua), mengucapkan salam kepada setiap orang.

“Setiap keluarga menyediakan pelbagai juadah yang enak. Kanak-kanak sangat gembira mendapat duit,” katanya.

Fehmeeda Riaz dari London, berkata di bandar raya itu juga Muslim biasanya bangun lebih awal untuk menyambut Aidilfitri, memakai pakaian cantik dan baru, menjamah hidangan pagi kemudian ke masjid.

Menurutnya, Masjid Regent’s Park adalah yang paling digemari kebanyakan Muslim di sana kerana faktor persekitarannya.

“Hari seterusnya, masa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan, menikmati makanan yang sedap-sedap, bertukar-tukar hadiah dan menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada setiap orang.

“Ia adalah hari istimewa yang diberkati Allah,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker