» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Ulasan Buku: Sejarah masjid sebagai pusat ibadat






Tajuk: Masjid Itu Hidupku
Pengarang: Mohd Gunawan Che Ab Aziz
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

Harga: RM19.90 (Semenanjung); RM 21.90 (Sabah & Sarawak)

MASJID adalah perkataan Arab yang disesuaikan dalam bahasa Malaysia, asalnya daripada kata ‘sajada’ yang bermaksud sujud.

Sujud yang dimaksudkan ialah menyembah Allah S.W.T dan dilihat dalam sudut yang lebih luas, sujud dikatakan juga beribadat kepada Allah.

Masjid ialah tempat sujud, tempat menyembah Allah atau rumah Allah (Baitullah). Pada hakikatnya, seluruh hamparan bumi ialah rumah Allah, justeru umat Islam boleh sujud kepada Allah di mana-mana saja, namun masjid ialah tempat yang paling dicintai Allah.

Mengenai takrif masjid, timbul juga beberapa perbezaan, kerana ada yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid.

Bagaimanapun, takrif yang biasa diterima pakai; masjid ialah tempat khas untuk bersolat dan digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak diadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musalla.

Masjid dijadikan tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah saja malah penyebaran ilmu pengetahuan, perdagangan, perundangan, peperangan dan kenegaraan.

Ada tiga masjid utama yang paling suci dan dimuliakan dalam Islam iaitu Masjidil Haram di Makkah - tempat letaknya Kaabah iaitu kiblat solat umat Islam, Masjid Nabawi di Madinah - tempat dimakamkan Rasulullah s.a.w serta Masjidil Aqsa di al-Quds (Jerusalem), Palestin tempat Nabi s.a.w mikraj (naik ke langit).

Kaabah di Masjidil Haram adalah rumah Allah yang paling utama, yang semestinya dihormati dan disanjungi seluruh umat Islam.

Persoalannya, apakah semua umat Islam hari ini mengenali masjid dan mencintainya sedalam-dalamnya, sehingga menjadikannya destinasi wajib dikunjungi dan didampingi?

Cuma yang jelas, amalan ke masjid di kalangan generasi muda kebelakangan ini semakin terhakis. Institusi itu juga tidak lagi dilihat sebagai sebuah tempat yang memainkan peranan terpenting bagi kemaslahatan umat dan hanya terbatas pada ibadat khusus.

Justeru, sebuah buku bertajuk Masjid Itu Hidupku cuba mengajak pembaca menghayati masjid dalam penghayatan yang lebih luas, supaya lebih jelas dan faham fungsi dan senario institusi teragung dalam Islam sejak zaman nabi.

Buku ini menyorot satu perspektif dan sketsa yang sangat menarik mengenai liku, peranan serta peristiwa yang berlaku di sekitar masjid. Pembaca dibawa mengintai kembali senario masjid pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat.

Untuk maklumat lanjut mengenai buku ini, sila hubungi 03-26914070 ataupun sila layari www.telagabiru.net.my

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker