» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Ad-Din

AdDin Nurani: Ibadat puasa bentuk insan cemerlang






RAMADAN sudah berlalu, tetapi sepanjang mengharungi kehidupan pada bulan berkenaan, pernahkah kita terfikir mengenai kefarduan puasa... mengapa?

Sebenarnya kefarduan berpuasa Ramadan itu semata-mata bertujuan mendapatkan takwa. Sifat takwa bermakna taat dan patuh kepada perintah dan tegahan Allah, takut mengabaikan perintah Allah kerana balasan azab yang amat ngeri.


Pelaksanaan segala titah perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan-Nya akan menghasilkan takwa. Golongan yang bertakwa akan dimuliakan dan dikasihi Allah.

Ini sebagaimana dapat dimengertikan melalui firman-Nya, pada ayat 13, surah al-Hujurat, maksudnya: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya.”

Pada Ramadan umat Islam secara automatik rajin ke masjid, beribadat pada siang dan malam secara beramai-ramai, seolah-olah lenyap segala kesibukan yang menyelubungi diri.

Ramadan mengandungi pelbagai pengajaran dan hikmah untuk panduan kita mencapai takwa sebagai teras kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Banyak nilai positif yang diperoleh sepanjang Ramadan dan boleh dijadikan pengajaran untuk membentuk diri kita menjadi insan soleh dan bertakwa, antaranya:

  • Semakin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. Maksudnya ialah ketaatan di sepanjang Ramadan lalu mendorong kita untuk tetap melakukan setiap aspek pekerjaan seharian mematuhi garis panduan dan kehendak syarak di samping mendapat keredaan daripada Allah.

  • Mensyukuri nikmat makanan dan minuman. Ramadan juga menjadikan kita umat yang tahu bersyukur atas nikmat rezeki.

    Setiap kali mahu berbuka, kita mengingati Allah, berdoa sebelum menjamah makanan, malah apabila membeli juadah kita ingat kepada golongan kurang berkemampuan, lalu menghulurkan sedikit juadah yang dibeli kepada mereka.

    Dengan nikmat ini kita menjadi insan yang peka dan gemar menghulurkan bantuan. Dengan nikmat ini juga kita menjadi hamba yang mengenal Tuhan, lalu tahu bersyukur, tahu tempat bergantung harap melalui doa dan rajin beribadat.

  • Tabah hati dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan. Sepanjang Ramadan kita tabah dengan segala dugaan, kita tidak melenting walaupun tidak sefahaman, kita tidak mengata walaupun dikata dan kita tidak bermasam muka walaupun terasa.

    Melalui sekolah Ramadan, kita belajar erti kesabaran dan sememangnya kita dapat bersabar dalam banyak perkara.

    Disebabkan sifat sabar, kita dapat berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya. Malah, ibadat yang dilakukan lebih daripada biasa, sama ada dari segi kuantiti (banyak solat sunat terutama Tarawih) mahupun kualiti (lebih tekun dan khusyuk).

    Sabar juga mencorakkan budi pekerti kita, menjadi orang penyabar, tidak gopoh dan banyak menggunakan akal fikiran daripada bertindak sembarangan.

  • Ketekunan dalam mengerjakan ibadat. Sifat tekun ini terasuh sepanjang Ramadan dalam banyak bidang. Kita menjadi lebih tekun beribadat dengan mengerjakan solat pada awal waktu, disusuli dengan solat sunat terutama Tarawih, manakala pada waktu terluang membaca al-Quran.

    Pada Ramadan waktu lebih banyak terisi dengan perkara berfaedah, dengan remaja lebih tertumpu pada pelajaran, manakala golongan dewasa tekun bekerja.

    Nilai yang terpancar pada Ramadan itu sudah tentu menggilap potensi diri untuk muncul sebagai insan yang cemerlang dalam segala aspek, seterusnya menganjakkan darjat ketakwaan seorang hamba terhadap Tuhannya ke tahap yang lebih tinggi.

    “Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (al-A’raf: 96)

    Syawal yang hening ini adalah tempoh yang sangat sesuai untuk kita sama-sama merenung kembali kehidupan kita sepanjang Ramadan dan membuat penilaian, sama ada kita sudah benar-benar melalui Ramadan dengan penuh bererti atau sebaliknya.

    Bagi yang kerap tidak berpuasa pada Ramadan tanpa keuzuran syarie boleh juga bertanya pada diri masing-masing, sama ada sentiasa kekenyangan atau cukup seronok apabila tidak berpuasa, azab atau sampai jadi kebuluran apabila berpuasa sepanjang hari.

    Ramadan banyak mengajar dan memandu kita untuk meningkatkan ketakwaan melalui amal ibadat. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dapat mengekalkan nilai pengajaran Ramadan pada bulan seterusnya.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :


     
    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker