» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Tanya Pakar » Fikrah Doktor Salam

Fikrah Dr.Salam FIKRAH DR.SALAM

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada:

Pengarang Rencana, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
E-mel: fikrah@hmetro.com.my

Usah subahat kaki judi


SOALAN

SAYA menyewa sebuah rumah lot tepi di satu kawasan berhampiran belukar. Pada hujung minggu beberapa orang warga asing datang berjudi di dalam belukar terbabit. Motosikal mereka diletak di kawasan rumah saya tanpa kebenaran saya.


Tetapi baru-baru ini saya mencadangkan mereka supaya membayar 'duit parking' dan mereka bersetuju. Cuma saya musykil, adakah saya dikira bersubahat dengan mereka dan adakah 'duit parking' yang saya dapat adalah duit haram?

Pada pendapat saya, jika mereka membayar tempat letak motosikal, ia dilakukan sebelum mereka bermain judi, bukannya selepas itu. Apakah pendapat Dr?

INGIN TAHU,
Ampang, Selangor.


JAWAPAN


ASAS utama dalam mencari rezeki dan pendapatan ialah ia hendaklah membabitkan perkara yang halal dan berdasarkan perniagaan atau pertukaran yang dibuat secara suka sama suka.

Selain itu disyaratkan tidak memudaratkan kepada masyarakat dan diri sendiri. Ini jelas apabila Allah berfirman dengan maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami masukkan dia ke dalam api neraka dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang menghalangnya).” (al-Quran, al-Nisa’ (4): 29-30).

Memandangkan Islam melarang dan mengharamkan perjudiaan dalam segala bentuk sama ada terbabit secara langsung atau tidak, anda dinasihatkan supaya tidak bersubahat dengan kumpulan warga asing itu. Lebih-lebih membenarkan kawasan rumah sebagai tempat parking dan mengambil bayaran pula.

Dengan membenarkan mereka berbuat demikian dan tidak pula melaporkan kepada pihak berwajib anda dikira bersubahat.

Kebenaran yang anda berikan boleh menyebabkan keluarga sendiri dalam keadaan bahaya seperti pergaduhan boleh terjadi antara kaki judi dan sebagainya.

Anda dinasihat supaya tidak mementingkan duit sehingga memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat setempat.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi

 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker