» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Busana Muslimah: Tudung Dubai senang digayakan

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@hmetro.com.my


SEKALI pandang, mungkin ada yang terfikir cara pemakaian tudung itu sedikit remeh.

Namun, bagi mereka yang sudah biasa menggayakannya, malah jika baru mencuba kali pertama sekalipun, cara pemakaian tudung Dubai memang agak mudah.

Apatah lagi, ia boleh digayakan tanpa penggunaan kerongsang lantas tidak menjejaskan tekstur pakaian.

Bahkan, bagi mereka yang mahu mengenakannya waktu berjalan jauh, ia cukup sesuai kerana tudung itu tidak perlu digosok.



Bagi sesetengah bentuk wajah pula, ia boleh digayakan tanpa pemakaian anak tudung kerana rekaannya yang terletak dan mudah membentuk pada wajah secara semula jadi.

Rekaan serta jenis kain tudung Dubai nyata berbeza daripada kebanyakan rekaan tempatan.

Ia lazimnya dihasilkan daripada dua fabrik berbeza iaitu fabrik untuk bahagian yang menutupi kepala dan satu lagi fabrik membentuk rekaan memanjang umpama selendang.

Untuk paparan ruangan Busana Muslimah minggu ini, butik Anggerik Avenue menampilkan tudung Dubai yang menggabungkan tudung kepala polos dan selendang bercorak.

Tudung Dubai keluaran butik yang juga pemborong dan peruncit tudung ini bukan hanya sesuai digayakan wanita 30-an ke atas, malah tetap berseri untuk gadis remaja.

Rata-rata bercorak abstrak, rona yang menghiasi tudung juga mudah dipadankan dengan rekaan pakaian semasa.

Ada biru, merah jambu, ungu lembut serta hijau lumut yang menyulami corak pada bahagian selendang.

Bertudung sewaktu santai di hujung minggu atau melangkah ke pejabat dan majlis rasmi, rekaan tudung yang serba ringkas ini memang mempesona.



Terima kasih

Anggerik Avenue, Tingkat Satu, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55116800/019-2760513

Penata Rias: Rozana Suman (019-2412414)

Model: Nursuraya Ahmad Shukri



Cara pemakaian:

1. Sarungkan tudung Dubai yang disertai selendang bercorak.

2. Bawa hujung selendang untuk dililit pada kepala.

3. Lilit sekali lagi.

4. Sesudah melilit kali kedua, selitkan hujung tudung di bahagian bawah dagu.

5. Tampil menarik dengan gaya serba ringkas.

6. Untuk gaya berbeza, sematkan pin di atas kepala sewaktu lilitan kali kedua.

7. Lepaskan bahagian hujung selendang dan sedia melangkah ke pejabat atau majlis.

8. Antara tudung Dubai dengan pilihan corak abstrak pelbagai rona.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker