Anne bukti kemampuan
Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
 |
NAMA Anne Sweeney mungkin kedengaran agak janggal pada sesetengah orang, tetapi bagi yang mengikuti perkembangan jatuh bangun penerbitan rangkaian ABC Cable Networks Group, beliau memang tidak perlu diperkenalkan lagi. |
NAMA Anne Sweeney mungkin kedengaran agak janggal pada sesetengah orang, tetapi bagi yang mengikuti perkembangan jatuh bangun penerbitan rangkaian ABC Cable Networks Group, beliau memang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Wanita berusia 49 tahun berkenaan adalah tonggak di sebalik kemasyhuran serta kejayaan rangkaian ABC dan Disney Channel Worldwide di seluruh dunia.
Sebagai presiden, Anne bertanggungjawab mengurus dan merangka program untuk Walt Disney Company yang menerima subsidi daripada ABC.
Menurut Anne, mengetuai syarikat yang mempunyai lebih daripada 30,000 pekerja, memang tidak mudah apatah lagi dengan tenaga berkenaan, beliau perlu memenuhi cita rasa penonton di seluruh dunia.
Bagi memastikan setiap program baru ABC dan Disney Channel mendapat sambutan, beliau turut turun padang meneliti sendiri keperluan dan aliran terkini rancangan yang dimahukan penonton.
“Menjadi presiden sebuah syarikat penerbitan gergasi memang sukar, tetapi sebenarnya lebih sukar untuk mengekalkan kegemilangan syarikat.
“Saban hari, syarikat penerbitan tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan mereka turut tampil dengan pelbagai idea baru.
“Untuk itu, kami di ABC dan Disney Channel perlu lebih kreatif untuk memperkenalkan pelbagai program baru bagi memenuhi cita rasa penggemar rancangan kami yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Kredibiliti wanita berhati waja ini terbukti apabila syarikat mencatatkan keuntungan hampir RM60 juta dalam waktu singkat selepas beliau mengambil alih syarikat itu pada akhir 1996.
Sebagai wanita yang bermula daripada bawah, kejayaan berkenaan mempunyai makna tersendiri buat Anne dan sejak itu, beliau langsung tidak menoleh ke belakang.
Sebelum dilantik mengetuai syarikat berkenaan, Anne pernah menjadi pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FX Networks Inc.
Kepakarannya dalam merangka program yang kemudian menjadi popular di seluruh dunia seperti High School Musical, memang dikagumi dan tidak hairan jika sering dijadikan contoh kepada pelajar kursus penerbitan serta penyiaran.
Dalam pada itu, Anne bukan saja memiliki ijazah kesenian, malah turut mempunyai ijazah sarjana pendidikan dari Universiti Harvard.
Melengkapkan lagi tuah yang dimilikinya, Anne mengahwini Philip Miller, yang mempunyai minat serupa dengannya dalam bidang penyiaran dan penerbitan.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua anak dan mereka kini menetap di Los Angeles.
Anne mengakui kunci kejayaannya selama ini ialah melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berfikiran terbuka serta optimis dengan setiap peluang yang ada.
“Saya menerapkan pada setiap kakitangan ABC dan Disney Channel untuk membuat sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh orang lain.
“Dalam dunia penyiaran dan penerbitan yang semakin canggih ini, kita perlu melangkah jauh ke depan untuk mencari idea berbeza untuk dikembangkan.
“Cabaran dan idea yang bernas mampu menghasilkan sesuatu program penerbitan yang baik dan diterima penonton di seluruh dunia seperti rangkaian kartun Lilo & Stitch dan High School Musical,” katanya.
Sementara itu, kejayaan demi kejayaan yang diperoleh turut melayakkannya menerima Anugerah Eksekutif Terbaik dari California Selatan, Anugerah Wall of Fame, Anugerah Star Radio dan Televisyen, Kelab Wanita Amerika, menduduki senarai 50 wanita paling berkuasa dalam dunia perniagaan oleh majalah Fortune, 100 wanita berkuasa oleh majalah Forbes serta pernah menjadi pengarah Sukan Olimpik yang diadakan di negara berkenaan tidak lama dulu.
Lebih menarik, Anne bukan saja berjaya sebagai ahli perniagaan, malah turut diiktiraf sebagai pakar fisioterapi.
Beliau pernah menjalankan kajian ke atas haiwan dan manusia yang berkaitan dengan ortopedik serta sakit belakang di Universiti Manchester, United Kingdom.
|
| Lain-lain artikel : |
- Gugur bulu roma dengan Veet
- Cantik tanpa pembedahan
- Dr Jism murah, bermutu
- Tabiat pemakanan sihat
- Terbaru daripada Elizabeth Arden
- Wagner perkenal koleksi terbaru
- Pintu bahagia sentiasa ada
- Lanjut tarikh akhir
- Jaga kulit cara Genistein
- Kempen penjenamaan semula Nivea
- Kemaafan warnai cinta sejati
- Awasi anak layari Internet
- Bersih, harum berkekalan
- Saling memberi, menerima
- ‘Doktor ikan’ di Eve Spa
- Ketahui punca merajuk
- Konsep tradisional
- Pulih remaja bermasalah
- Petua bentuk anak bersopan
- Solekan De’Wajah ringkas, bergaya
- Anggur hitam superfruit nombor satu
- Saling percaya, jujur kunci bahagia
- Gincu seri, rawat bibir
- Mereka dahaga kasih sayang
- Superfruit vitamin C
- Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita
- Bergaya dengan Marcello de Cartier
- Pakar bikin baju Melayu
- Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia
- Buah-buahan kaya khasiat
- Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral
- Kenali keikhlasan si dia
- Atasi kecelaruan hormon
- Berterusan cari bahagia
- Spa rambut percuma di P&G
- Cari alternatif kekal bahagia
- Jaspal gaya fesyen Asia
- Gedung maya Easy Pha-max
- Serlah rambut dengan Igora Imagine
- Haruman terbaru dari Avon
- Petua menyuburkan cinta
- Rumusan elak kulit gelap
- Suami miang, isteri dingin
- Anak sanggup tetak, pijak ibu
- Manjakan diri di St Gregory
- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan
- Produk SK-11 buat wajah cantik
- Produk istimewa Syahirah
- Roamntis: Petua kekal kebahagian
- Elak ‘perang dingin’
- ‘Tiada lagi kesakitan’
- Rambut cantik, wajah berseri
- Bantu si kecil pilihkaca mata
- Ikan untuk wanita hamil
- Maskara serlah penampilan
- Dynas duta baru Safi Balqis
- Krim pemutih baru L'Oreal
- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik
- Formula pemutihan Nivea guna ekstrak bunga matahari
- Anak beranak jadi jururawat
- Krim malam antipenuaan
- Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadi
|
|
|