Himpunan fesyen raja sehari
Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my
 |
SETIAP orang teruja apabila perhubungan antara lelaki dan wanita bakal berakhir di jinjang pelamin dengan lafaz cinta sudah termeterai. |
SETIAP orang teruja apabila perhubungan antara lelaki dan wanita bakal berakhir di jinjang pelamin dengan lafaz cinta sudah termeterai.
Pasti ramai membayangkan alam rumah tangga yang bakal dibina dengan insan tersayang selain aliran fesyen serba menawan pada hari persandingan.
Butik andaman yang mendominasi dunia fesyen raja sehari kini pasti mahu menampilkan kelainan dalam menarik pelanggan ke butik masing-masing.
Menurut Pengurus Andaman Sutera Jingga, Norazela Azmi, kebanyakan fesyen pengantin diutarakan di butiknya dizahirkan menerusi himpunan pakaian tercantik buat mereka dengan pelbagai pilihan.
"Daripada songket sehingga renda, satin, jaquard dan pelbagai jenis kain yang eksklusif, menjadi pertaruhan buat pelanggan kerana apabila mereka suka, mereka akan bercerita kepada orang lain," katanya.
Selain busana pengantin yang disediakan dengan pakej tertentu, dia yang juga juruandam berpengalaman mengakui tata rias penting bagi melengkapkan sesebuah majlis.
Dia turut mengakui, perkembangan semasa dalam dunia fesyen pengantin menerusi suntikan elemen bertudung atau busana muslimah semakin digemari pelanggan.
Untuk menjadikan pengantin serasi dengan pilihan pakaian yang disediakan, dia sering memberi inspirasi moden dan kontemporari supaya mampu memenuhi kehendak orang ramai.
Terima kasih
Pakaian: Andaman Sutera Jingga, No 28A, Tingkat 1, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.
* Tel: 03-5542 0495/016-3658 106
* Model: Farah Natasha Abdul Rahim
|