Keluarga sihat dengan Lifebuoy
SALAH satu sifat kanak-kanak yang amat ketara adalah sentiasa ingin tahu. Mereka gemar bermain, menyentuh dan merasa.
Mereka cepat belajar dan melalui pengalaman ini setiap hari. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat mengenali dunia dan membentuk pengertian mengenai dunia di sekeliling mereka.
Bagaimanapun, kanak-kanak tidak dapat menentukan sama ada sesuatu objek itu bersih atau kotor kerana kuman tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Perbezaannya dapat dipelajari dengan bimbingan ibu bapa.
Aktiviti seperti sentiasa mandi, membasuh tangan selepas makan, membersihkan diri selepas bermain di taman permainan dan menyimpan mainan selepas bermain cepat menjadi tabiat apabila ia dilakukan dengan kerap.
Malangnya, kita tidak dapat bersama anak-anak kita setiap waktu, maka kita perlu mengajar mereka kepentingan mengekalkan kebersihan dan menjauhi kuman.
Berita mengenai insiden penyakit wabak seperti penyakit tangan, kaki dan mulut memang merisaukan dan ibu bapa pasti khuatir mengenai persekitaran anak-anak mereka apabila mereka berada di luar rumah.
Mujurlah kita berupaya menghalang kuman atau virus daripada merebak dan bercambah ke tahap epidemik dengan mengekalkan tahap kebersihan peribadi yang baik dan menyeluruh.
Membasuh tangan adalah tabiat mudah yang tidak memerlukan masa serta usaha yang banyak dan ia adalah satu kaedah asas bagi menghalang penyakit merebak.
Pastikan semua kanak-kanak dan orang dewasa menggunakan teknik membasuh tangan yang baik dan pastikan semua permukaan yang mungkin dijangkiti sentiasa dicuci dengan sepenuhnya.
Belajarlah cara untuk mengenal pasti simptom awal demam, sakit kerongkong, ruam di tangan serta kaki dan dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
Situasi penyakit berkenaan di Singapura dan China kini berjaya dikawal dan kita harus ingat bahawa amalan kebersihan diri peribadi yang baik amatlah penting bagi mengekalkan kualiti hidup yang baik.
Lifebuoy, sabun perlindungan kuman nombor satu di dunia yang mula diperkenalkan pada 1894 bagi membantu orang ramai yang ingin meningkatkan tahap kebersihan diri mereka, sentiasa berevolusi bagi menepati keperluan pengguna yang sering berubah.
Lifebuoy menekankan pendekatan mengekalkan kesihatan melalui kebersihan diri secara konsisten selama 110 tahun. Satu kempen sekitar 1930-an di AS, berjudul 'Clean hands help guard health', menggalakkan penggunaan sabun Lifebuoy untuk membunuh kuman di tangan yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan.
Satu kempen yang hampir sama masih diteruskan hari ini. Ia berbentuk program pendidikan kebersihan diri Lifebuoy dan sedang dilaksanakan di negara seperti India, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia dan Vietnam.
Sabun antibakteria tulen Lifebuoy yang membersih dan mencuci kulit dengan baik, amat sesuai dan disyorkan untuk melindungi seluruh keluarga.
Dengan menggunakan sabun antibakteria Lifebuoy, keluarga anda akan mendapat perlindungan tambahan, menikmati sekuriti serta berupaya menangani cabaran harian dengan yakin.
Hari ini, 1.6 billion orang yakin bahawa Lifebuoy memberikan keluarga tersayang dan diri mereka perlindungan tambahan daripada kuman. Yakinlah dengan Lifebuoy hari ini. lindungi keluarga anda daripada kuman.
Lifebuoy, jaminan perlindungan di saat-saat anda memerlukannya.
|
| Lain-lain artikel : |
- Gugur bulu roma dengan Veet
- Cantik tanpa pembedahan
- Dr Jism murah, bermutu
- Tabiat pemakanan sihat
- Terbaru daripada Elizabeth Arden
- Wagner perkenal koleksi terbaru
- Pintu bahagia sentiasa ada
- Lanjut tarikh akhir
- Jaga kulit cara Genistein
- Kempen penjenamaan semula Nivea
- Kemaafan warnai cinta sejati
- Awasi anak layari Internet
- Bersih, harum berkekalan
- Saling memberi, menerima
- ‘Doktor ikan’ di Eve Spa
- Ketahui punca merajuk
- Konsep tradisional
- Pulih remaja bermasalah
- Petua bentuk anak bersopan
- Solekan De’Wajah ringkas, bergaya
- Anggur hitam superfruit nombor satu
- Saling percaya, jujur kunci bahagia
- Gincu seri, rawat bibir
- Mereka dahaga kasih sayang
- Superfruit vitamin C
- Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita
- Bergaya dengan Marcello de Cartier
- Pakar bikin baju Melayu
- Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia
- Buah-buahan kaya khasiat
- Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral
- Kenali keikhlasan si dia
- Atasi kecelaruan hormon
- Berterusan cari bahagia
- Spa rambut percuma di P&G
- Cari alternatif kekal bahagia
- Jaspal gaya fesyen Asia
- Gedung maya Easy Pha-max
- Serlah rambut dengan Igora Imagine
- Haruman terbaru dari Avon
- Petua menyuburkan cinta
- Rumusan elak kulit gelap
- Suami miang, isteri dingin
- Anak sanggup tetak, pijak ibu
- Manjakan diri di St Gregory
- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan
- Produk SK-11 buat wajah cantik
- Produk istimewa Syahirah
- Roamntis: Petua kekal kebahagian
- Elak ‘perang dingin’
- ‘Tiada lagi kesakitan’
- Rambut cantik, wajah berseri
- Bantu si kecil pilihkaca mata
- Ikan untuk wanita hamil
- Maskara serlah penampilan
- Dynas duta baru Safi Balqis
- Krim pemutih baru L'Oreal
- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik
- Formula pemutihan Nivea guna ekstrak bunga matahari
- Anak beranak jadi jururawat
- Krim malam antipenuaan
- Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadi
|
|
|