» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Peluang ikuti ceramah kecantikan





TIDAK semua warna sesuai untuk diri seseorang. Ungu cerah mungkin cantik dipandang tetapi bila pakaian warna serupa dikenakan pada tubuh, terasa ada pula yang tidak menjadi.

Jika buntu memilih warna yang mampu menyerlahkan diri perunding imej, Aziah Jasmin Azizul sedia berkongsi petua pemilihan warna terbaik untuk seseorang.

Begitu juga dengan pemilihan pakaian bersesuaian me ngikut acara yang ingin diikuti, panduan diberikan Aziah tentu berguna supaya diri tidak janggal menghadiri pelbagai acara.

Aziah bukan nama baru dalam bidang perundingan imej dan kecantikan. Dia memulakan kerjayanya sebagai pe ngacara televisyen untuk TV3 selama tujuh tahun sebelum meninggalkan dunia penyiaran untuk meneruskan minatnya dalam bidang perundingan imej.



Terkini, dia bakal memberikan ceramah menerusi Bengkel Kecantikan dan Penampilan Diri Secret Garden sempena majlis Anugerah Hari Ibu Harian Metro-Secret Garden pada 8 Jun ini di Hotel Nikko, Kuala Lumpur.

Meluaskan pengetahuannya dalam bidang kecantikan, Aziah mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan serta membuka perniagaan sendiri pada 2003 menerusi Star Studio Image Consultancy.

Studio berkenaan antara lain membantu orang ramai untuk menghasilkan penampilan imej yang baik dan kemahiran berkomunikasi untuk membolehkan mereka tampil menerusi personaliti terbaik dalam kerjaya serta rangkaian sosial.

Dia juga sedang menyiapkan buku pertamanya mengenai topik berkaitan yang dijangka diterbitkan pada akhir tahun ini.

Sepanjang bengkel, Aziah akan turut menyentuh soal kecantikan termasuk memahami perihal rambut dan jenis kulit di samping mengenal pasti masalah kulit serta rambut.

Tidak ketinggalan, dia akan turut memberikan panduan menggunakan bahan semula jadi bagi menjaga kecantikan rambut, kulit dan wajah.

Bagi mereka yang ingin mengikuti bengkel terbabit bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 8 Jun nanti, hubungi Secret Garden di talian 03-20870244 (Syafinaz) manakala bayaran sebanyak RM30 dikenakan untuk setiap peserta.

Peserta juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana bakal menerima cenderahati serta berpeluang untuk me ngikuti majlis Anugerah Hari Ibu berkenaan yang diadakan mulai jam 2.30 petang pada hari yang sama

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker