» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Tubuh akademi kenali silat

Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my

PERSAINGAN dengan seni pertahanan diri dari luar negara menyebabkan silat semakin hampir dilupakan terutamanya di kalangan generasi muda.

PERSAINGAN dengan seni pertahanan diri dari luar negara menyebabkan silat semakin hampir dilupakan terutamanya di kalangan generasi muda.

Biarpun silat menjadi satu identiti masyarakat Melayu di rantau ini, daya tarikannya semakin hilang berikutan go longan muda lebih berminat menjadikan seni pertahanan diri lain seperti karate dan tae kwon do sebagai pilihan mereka.

Faktor itu mendorong Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia (PSSKTM), menubuhkan akademi bagi menarik perhatian lebih ramai generasi muda Melayu membabitkan diri dalam seni pertahanan itu.

Pengerusi PSSKTM cawangan Selangor, Wan Md Nadzri Md Saman, berkata penubuhan akademi itu yang diwujudkan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, adalah usaha pertubuhan untuk menyelamatkan salah satu seni silat yang tertua di negara ini.



“Didapati ada kecenderungan golongan muda yang terdiri daripada anak Melayu memilih seni pertahanan diri dari luar negara.

“Justeru, kita merasakan perlu ada usaha untuk menarik kembali perhatian mereka bagi mengenali dan seterusnya bergiat aktif dalam seni silat yang diasaskan bangsa kita sendiri,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pembukaan Akademi Per tubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia, di Bandar Tasik Puteri, Rawang, baru-baru ini.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi PSSKTM, A Sani Zainal Abidin dan dihadiri Penaung PSSKTM Selangor, Datuk Wan Md Jamal Md Saman, Timbalan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Perhubungan Awam, AP Land Sdn Berhad, Mejar (B) Muhamad Awang, Ketua Jurulatih PSSKTM, Kharirul Izat A Sani dan Jurulatih Kanan PSSKTM, Kharirul Fadzli A Sani.

Mereka yang berminat untuk menyertai akademi ini boleh menghubungi Wan Md Nadzri (013-5191330), Kharirul Fad zli (017-3233930) dan Abdul Razak (016-2063036).

Wan Md Nadzri berkata, akademi itu bukan saja melatih pesilat baru, tetapi menjadi pusat sehenti untuk melahirkan lebih ramai jurulatih yang bertauliah bagi pertubuhan itu.

“Kita perlu memikirkan rancangan jangka panjang iaitu mempunyai lebih ramai jurulatih yang berkelayakan bagi memudahkan kita mengembangkan lagi pertubuhan seni silat ini.

“Akademi ini akan menjadi pusat setiap jurulatih per tubuhan seni silat ini untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dan seterusnya diberi kepercayaan membuka ge langgang baru di tempat masing-masing,” katanya.

Akademi terbabit turut menyediakan pelbagai kelengkapan yang diperlukan bagi tujuan latihan pesilat baru dan ke mudahan untuk jurulatih sedia ada.

“Menerusi pembukaan akademi ini, kita mahu mening katkan imej pertubuhan seni silat supaya ia dapat diterima generasi muda hari ini.

“Imej baru ini diharap dapat menarik perhatian mereka dan seterusnya memastikan seni silat Melayu akan kekal diminati pada masa akan datang,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker