Waspada pilih saiz coli
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
WANITA perlu berhati-hati memilih saiz coli kerana ia dikatakan memberi kesan kepada sindrom barah payu dara.
Penasihat pemakanan, Sabjack Resources Sdn Bhd, Prof Dr Ahmmad Sabri Zonkaply, berkata kajiannya mendapati besi pada coli boleh menyebabkan pengaliran dan pengudaraan di bawah payu dara tersekat.
Beliau berkata, ramai wanita kurang peka pentingnya memilih coli sepadan kerana ia bukan saja memberi keselesaan bahkan menggalakkan pengaliran udara.
"Kesilapan memilih saiz yang tidak tepat mengundang padah.
"Wanita juga perlu mengelak menggunakan pewangi ketiak yang tahan lama ia turut memberi kesan kepada barah payu dara," katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang rawatan holistik dan pemakanan.
Katanya, berdasarkan testimoni pengguna, kandungan kimia yang tinggi dalam pewangi itu memberi kesan jangka panjang kepada pengguna.
Antara gejala lain yang menyebabkan kanser payu dara apabila wanita mempunyai simptom sukar membuang air besar dengan baik.
"Justeru, wanita perlu mengamalkan pengambilan makanan seimbang, berzat selain minum air suam lapan gelas sehari.
"Alhamdulillah, rawatan yang kami lakukan mampu menangani masalah darah tinggi, kencing manis dan jantung.
"Ada penghidap tiroid dikesannya setahun sebelum pihak hospital mengesannya," katanya.
Katanya, dalam kes lain, seorang pesakit yang mempunyai fibroid berukuran 18 sentimeter kedudukannya diselamatkan sedangkan dia sudah membuat janji temu untuk pembedahan dengan kos RM25,000.
"Bagi pasangan yang sukar mendapat zuriat, saya memberi kaunseling dan cadangan makanan yang sesuai, Alhamdulillah, mereka dikurniakan anak.
"Ilmu rawatan holistik yang ada saya membantu pesakit dengan izin Allah.
"Saya berharap dapat menyediakan kursus bagi mereka yang berminat dengan rawatan holistik ini," katanya.
Mengenai ilmu iridologi, katanya ia memberikan kemahiran kepada seseorang untuk diagnosis penyakit seseorang.
Selain itu, Dr Ahmmad Sabri dapat meneliti penyakit atau tahap kesihatan seseorang berdasarkan tarikh lahir.
Beliau turut menyediakan kursus mengenai aspek berkenaan pada 6 Julai ini di pejabat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (Makpem), Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Mereka yang berminat mempelajari teknik rawatan itu, boleh ke pejabatnya di Bilik Mutiara, Tingkat Mezzanine, Hotel Mesra Inn, Batu 2 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau talian 03-4048 1068 atau layari laman web: www.sabjack.com
|