» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Dapat elektrik, air paip





SELEPAS sekian lama bergantung hidup pada air sungai untuk keperluan harian serta pelita minyak tanah untuk menerangi rumah pada waktu malam, lebih 100 keluarga di empat kampung Orang Asli di Selangor mendapat bekalan air dan elektrik yang mereka nantikan, baru-baru ini.

Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (Philip Morris) me nyumbangkan lebih RM120,000 dan bekerjasama dengan Yayasan Salam Malaysia untuk menyediakan prasarana asas seperti saluran paip serta pendawaian bagi membolehkan masyarakat Orang Asli memperoleh bekalan air bersih dan elektrik.

Ia adalah projek bekalan air paip dan elektrik kedua Philip Morris di negara ini di mana projek pertama dijalankan di Bahau, Negeri Sembilan pada 2003.

Majlis pelancaran projek terbabit dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim; Pe ngarah Hal Ehwal Korporat Philip Morris, Marlene Kaur dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Salam Malaysia, Datuk Ahmad A Talib serta wakil Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan, Meor Adam Has him.



“Bagi kita semua, bekalan air paip dan elektrik adalah lumrah hidup kini tetapi malangnya, masih ada masyarakat belum mendapat kemudahan asas yang diperlukan setiap hari itu.

“Kami berharap sumbangan Philip Morris kepada ma syarakat di sini akan membawa perubahan positif dalam hidup mereka,” kata Marlene.

Tiga kampung Orang Asli yang mendapat bekalan air dan elektrik menerusi usaha Philip Morris itu adalah Kampung Sungai Kelubi, Sungai Jang dan Hulu Tamu.

Kerjasama Philip Morris dengan Yayasan Salam Malaysia sebelum ini antaranya membabitkan program e-Inisiatif untuk membawa teknologi maklumat dan komunikasi ke pada golongan kurang bernasib baik dan penubuhan Rumah Nur Salam.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ad-Din

lagi
it@Metro
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker