» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Latih anak bergaya sopan

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

MELATIH anak pada awal usia untuk berbusana Muslimah memberi inspirasi kepada ibu bapa dalam usaha melatih anak berpakaian sopan.

MELATIH anak pada awal usia untuk berbusana Muslimah memberi inspirasi kepada ibu bapa dalam usaha melatih anak berpakaian sopan.

Sesetengah remaja hari ini yang berpakaian agak menjolok mata membuatkan ramai mencari alternatif untuk membentuk nilai tersendiri menerusi gaya pakaian yang sopan.

Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak berpakaian demikian demi membentuk jati diri masing-masing. Aliran terkini turut menyaksikan ramai di kalangan gadis memilih untuk berbusana Muslimah, sekali gus menjadikannya suatu perkembangan yang sihat.

Aliran fesyen busana Muslimah untuk kanak-kanak yang kurang menarik membuatkan Noor Kartini Noor Mohamed, teruja untuk melakukan sesuatu.



Beliau yang juga Pengarah Lamees Couture Sdn Bhd, mengambil inisiatif untuk mengusahakan fabrik baju kurung yang menarik dan eksklusif bukan saja untuk dewasa bahkan buat kanak-kanak supaya mereka tampil menawan.

"Melihat ibu dan anak segandingan atau sedondon apabila hadir pada majlis tertentu, saya membuat satu anjakan.

"Justeru, saya tampilkan baju untuk dewasa dengan taburan labuci dan manik menawan. Begitu juga untuk si kecil yang mahu bergaya, konsep yang sama dilakukan terhadap baju kurung mereka.

"Mungkin cetusan fesyen baju kurung kanak-kanak tidak banyak pilihan selama ini yang mendorong saya menghasilkan rekaan bagi memenuhi permintaan ramai.

"Selain kelihatan menarik dan eksklusif, kita berusaha melatih anak berpakaian sopan sejak kecil lagi.

"Apabila sudah biasa dengan gaya begitu, tidak sukar melatih anak menjadikan pakaian sopan sebagai aliran fesyen mereka sampai bila-bila.

"Pilihan di butik saya memang pelbagai. Untuk mencetuskan semua itu, ibu bapa harus berperanan menerap ciri murni dalam jiwa anak.

"Lagipun, baju kurung di butik saya diolah dengan fabrik berkualiti dan sesuai dengan cuaca tempatan. Walaupun ia ringkas, ciri tradisionalnya terserlah," katanya.



>Terima kasih

  • Noor Kartini Noor Mohamed

  • Pakaian: Lamees Couture Sdn Bhd, 148 Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

  • Tel: 019-3138958

  • Model: Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athisha dan Noor Ameera

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :



    VARIASI

    Santai

    lagi
    lagi
    lagi
    it@Metro
    lagi
    Dekotaman
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker