» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Internet saluran promosi produk





MEMULAKAN perniagaan memerlukan perancangan rapi, bukan sekadar modal tetapi promosi dan pemasaran kerana tiada guna produk yang dikeluarkan bermutu tetapi tidak boleh dijual.

Promosi dan pemasaran amat penting malah banyak syarikat sanggup menyediakan peruntukan yang besar untuk tujuan itu.

Namun, bagi syarikat kecil, banyak kaedah boleh dilakukan bagi memasarkan barangan keluaran mereka dengan kos yang rendah.

Salah satunya ialah memasar atau mempromosi produk menggunakan laman web seperti diperkenalkan syarikat Equity Drive Sdn Bhd.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamal Fakhri Ariffin, berkata usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) boleh berbuat demikian melalui laman web: www.thespaceads.com

Beliau berkata, sejak dilancarkan pada 23 Mac tahun lalu, sambutan usahawan IKS amat menggalakkan malah ramai yang mendapat pulangan lumayan daripada promosi dan pemasaran menggunakan kaedah Internet.

“Laman web, www.thespaceads.com menerima lebih 110,000 pelayar dengan purata 300 pelayar sehari.

"Kini lebih 10,000 termasuk badan korporat, usahawan, peniaga, pengusaha IKS, usahawan teknologi maklumat

(IT), penggiat industri jualan langsung dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) serta orang perseorangan berminat dalam perniagaan online atau e-kewangan berminat menyertai kami.

"Kami menerima banyak maklum balas positif di kalangan usahawan yang menggunakan kaedah online untuk berurus niaga.

"Kaedah online lebih mudah, berkesan terutama mencari pelanggan baru selain menjimatkan kos," katanya.

Katanya, selain mahu membudayakan IT dalam masyarakat, usaha itu juga menjadi pendokong pembangunan di bidang perniagaan dan keusahawanan.

“Kami mahu menyediakan asas kepada usahawan, peniaga dan individu berkecimpung dalam perniagaan e-commerce di pasaran dunia tanpa sempadan,” katanya.

Ada yang bertanya, mengapa perlu memasarkan produk dalam laman web, www.thespaceads.com, beliau berkata ruang itu menyediakan medium pengiklanan berkesan dengan kos yang murah.

Selain itu, katanya, ia adalah kaedah perniagaan masa depan.

Mengenai E- Shoppe yang akan dilancarkan tidak lama lagi, katanya ia adalah pasar raya maya yang diwujudkan di laman web seolah-olah seperti sebuah gedung perniagaan yang boleh diisi dengan pelbagai barangan dan produk untuk dijual kepada ahli dan bukan ahli di seluruh dunia.

Menurutnya, produk itu diperoleh dari pengilang sedia ada atau dikeluarkan ahli sendiri yang mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan serta perundangan semasa.

“AZ Nixco Trading hanya bertindak sebagai ejen untuk memastikan segala transaksi berlaku dengan betul dan tiada penipuan berhubung pesanan dilakukan pembeli yang merugikan penjual.

“Sewa untuk e-shoppe ialah RM2,400 setahun,” katanya.

Katanya, ruang yang disediakan itu percuma kepada ahli sedia ada dan ahli baru yang menyewa ruang iklan lebih daripada tujuh ruang sepanjang tempoh promosi sebelum pelancaran.

Menurutnya, usahawan patut mengambil peluang menggunakan e-shoppe kerana ia membantu meningkatkan potensi perniagaan sedia ada kerana ruang iklan itu menyediakan pasaran lebih luas selain 10,000 ahli semasa dapat membeli barangan ahli.

“E-shoppe menjamin pasaran tersedia untuk peniaga dan usahawan.

“Ia adalah kaedah perniagaan masa depan yang pasti menguntungkan,” katanya.

Kamal berkata, membeli di e-shoppe amat menguntungkan kepada ahli kerana ia mempunyai mata ganjaran sebagai galakan.

“Ia seolah-olah membeli di kedai koperasi yang mana kita adalah ahlinya. Sudah pasti keuntungan koperasi akan dapat dirasai oleh ahlinya berdasarkan saham ahli.

“Tetapi, e-shoppe memberikan anda mata ganjaran yang dikira setiap akhir bulan,” katanya.

Dalam perancangan masa depan, katanya lama web ini akan diperluas ke seluruh dunia khususnya Asia Pasifik dengan termeterainya MoU dengan beberapa ejen yang akan diumumkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk on-line yang ditawarkan Equity Drive Sdn Bhd, anda boleh menghubungi talian 03-87240632/012-2576248 atau datang untuk rundingan percuma di www.thespaceads.com.

Carian Artikel



VARIASI

Ekspresi

lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker