Si kaya tanpa publisiti
Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
DILAHIRKAN dalam keluarga bilionair hartanah China terkenal, Yang Huiyan, 27, tidak pernah berlagak sebagai wanita yang sombong dan sukar didekati.
Bagaimanapun, Huiyan tidak gemarkan publisiti dan ber gambar di depan lensa kamera.
Huiyan dipercayai memiliki harta bernilai lebih RM54.4 bilion selepas saham syarikat hartanah, pembuatan simen dan pertanian terkemuka, Country Garden Holdings Co yang diasas bapanya, Yang Guoqiang (juga dikenali Yeung Kwok Keung) diniaga di bursa saham Hong Kong April, tahun lalu.
Guoqiang dikatakan menyerahkan pegangan saham se banyak 70 peratus di syarikat berkenaan kepada Huiyan pada 2005.
Dengan peningkatan pesat ekonomi negara berkenaan sejak akhir-akhir ini, harta Huiyan turut meningkat sekali ganda dan beliau mendahului senarai orang terkaya di China selain antara wanita terkaya dunia yang disenaraikan Majalah Forbes.
Begitupun, ramai yang tidak mengetahui graduan Universiti Ohio, Amerika Syarikat ini seorang yang merendah diri dan tidak suka tampil di khalayak ramai.
Dia tidak gemarkan lensa kamera dan suka bekerja di belakang tabir tanpa diberikan publisiti berlebihan.
Katanya, dia tidak mahu mencampur aduk urusan keluarga serta perniagaan dan tidak hairanlah jika gambarnya sukar didapati di akhbar di negara berkenaan.
“Saya tidak gemarkan publisiti berlebihan dan mahu orang ramai lebih mengenali syarikat ini berbanding kehidupan peribadi saya.
“Amat rimas jika semuanya menjadi perhatian kerana saya juga orang biasa yang memerlukan ruang untuk melakukan aktiviti yang digemari.
“Jika berkaitan kerja, saya bersedia tampil ke depan, bukan cerita peribadi,” katanya.
Dalam pada itu, wajah sebenar wanita terkaya di China berkenaan mula tersebar luas selepas gambar perkahwi nannya dengan seorang pegawai kerajaan biasa disiar di internet.
Begitupun, sehingga kini Huiyan dikatakan masih menutup mulut dan enggan mendedahkan siapa suaminya yang di katakan dikenali menerusi 'blind date'.
Namun, tidak seperti perkahwinan anak jutawan lain, majlis perkahwinan Huiyan dikatakan diadakan di satu kawasan persendirian di China dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.
Kata Huiyan, kekayaan yang dimiliki tidak membuatkan hidupnya berubah dan beliau berusaha untuk memastikan suami serta rakannya tidak merasai perubahan berkenaan.
Biarpun dilimpahi kemewahan, Huiyan ternyata masih mempunyai nilai kemanusiaan tinggi yang disematkan ibu bapanya sejak kecil.
Media di negara berkenaan baru-baru melaporkan Huiyan dan syarikatnya secara senyap menderma puluhan juta dolar kepada mangsa banjir dan gempa bumi yang melanda China.
Sementara itu, Guoqiang memilih anak perempuan ke duanya itu sebagai pewaris utama selepas yakin Huiyan mampu menguruskan syarikat berkenaan dengan baik.
Menurut Guoqiang, sejak kecil Huiyan dibawa menghadiri mesyuarat penting dan beliau diajar asas perniagaan.
“Saya menyedari minat dan bakat yang dimiliki Huiyan sejak kecil. Untuk itu, saya dan isteri tidak teragak-agak meng hantar Huiyan belajar di Amerika bagi mendalami ilmu perniagaan.
“Huiyan tidak seperti anak perempuan lain kerana beliau seorang yang cekal, bijak dan tidak mudah putus asa, ciri penting untuk berjaya dalam perniagaan.
“Dalam memilih pasangan, saya dan isteri memberi ke bebasan kepada Huiyan kerana beliau bijak menentukan apa yang terbaik untuk dirinya.
“Ternyata Huiyan memang tidak menghampakan kami semua,” katanya.
|
|
|