Bekas tahanan kini Ratu Universe 2008
Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
 |
“MENJADI seorang model amat menyeronokkan kerana selain berpeluang memakai pakaian baru dan cantik, juga dapat memperagakan sesuatu barangan baru yang tidak semua orang dapat merasainya. |
“MENJADI seorang model amat menyeronokkan kerana selain berpeluang memakai pakaian baru dan cantik, juga dapat memperagakan sesuatu barangan baru yang tidak semua orang dapat merasainya.
“Namun, lebih menyeronokkan jika dapat menjadi ratu cantik terutama Ratu Cantik Universe kerana boleh berjalan ke seluruh dunia dan bergaul dengan pelbagai lapisan ma syarakat. Itu adalah impian saya selama ini dan gembira kerana dapat mencapainya,” kata pemenang Ratu Universe 2008 dari Venezuela, Dayana Mendoza.
Bercakap pada satu temu ramah di New York, Amerika Syarikat (AS), awal minggu lalu, Dayana berkata, kejayaan merangkul gelaran Ratu Universe 2008 memang tidak diduga sama sekali namun dia memang berharap untuk meme nanginya.
Menurut Dayana atau nama sebenarnya Dayana Sabrina Mendoza Moncada, dia mula menceburi bidang peragaan sejak berumur 15 tahun.
Pada 2001, dia mengikat kontrak bersama Pengurusan Elite Model yang membolehkannya menjelajah ke banyak negara di seluruh dunia untuk memperagakan pelbagai jenama terkenal termasuk Versace.
Kata Dayana, dia beruntung mempunyai ketinggian yang mencukupi iaitu 178 sentimeter (sm) serta kulit yang cantik hasil pemakanan sihat yang diamalkan sejak kecil dan metabolisme badan yang tinggi.
Menyentuh mengenai pertandingan berkenaan, Dayana berkata, biarpun terpilih sebagai lima pemenang peringkat akhir, dia tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi kerana empat peserta lain iaitu Taliana Vargas (Colombia), Ma rinanne Cruz Gonzalez (Republik Dominica), Elsa Najera (Mexico) dan Vera Krasova (Russia) mempunyai kelebihan masing-masing.
Dia mengakui sejak awal lagi terpaksa berdepan dengan saingan sengit daripada peserta yang rata-rata mempunyai pengalaman luas dalam pertandingan seumpama itu.
“Pada awalnya, saingan memang sengit tetapi disebabkan beberapa peserta mula melakukan kesilapan, peluang ke lihatan semakin cerah.
“Begitupun, saya tidak dapat menahan air mata ini daripada tumpah saat mendengar nama diumumkan kerana tidak menyangka akan membawa pulang mahkota idaman semua wanita.
“Kemenangan di bumi Vietnam ini memang menjadi satu kenangan manis yang tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila lebih-lebih lagi menjadi wanita daripada negara Amazon kedua yang memenanginya selepas Carolina Izsak,” katanya.
Dalam pada itu, ramai yang sudah maklum wanita berusia 22 tahun dari Caracas, Venezuela, ini pernah mengalami detik hitam menjadi tahanan sekumpulan pengganas pada 2006.
Tanpa mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai penga laman ngerinya, Dayana berkata, insiden itu mengajarnya bertenang ketika berhadapan tekanan.
Pada sidang media selepas majlis berakhir, Dayana yang fasih tiga bahasa iaitu Itali, Sepanyol dan Inggeris berkata, dia tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas bergelar Ratu Universe.
Apa yang lebih penting, katanya, dia mahu bertemu ke luarganya dan menikmati masakan ibu selepas singgah seketika di New York.
“Apabila kembali ke Venezuela, saya mahu mendakap mereka. Saya mahu berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang setiap kejayaan saya,” katanya.
Sementara itu, kata Dayana, dia tidak sabar menanggalkan kasut tumit tingginya dan mengurut kaki yang kepenatan sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
Wanita jelita yang mempunyai ketinggian 178 sentimeter berkenaan kini sedang mempersiapkan diri bagi menjelajah seluruh dunia untuk kempen global mengenai HIV dan Aids.
|
| Lain-lain artikel : |
- Gugur bulu roma dengan Veet
- Cantik tanpa pembedahan
- Dr Jism murah, bermutu
- Tabiat pemakanan sihat
- Terbaru daripada Elizabeth Arden
- Wagner perkenal koleksi terbaru
- Pintu bahagia sentiasa ada
- Lanjut tarikh akhir
- Jaga kulit cara Genistein
- Kempen penjenamaan semula Nivea
- Kemaafan warnai cinta sejati
- Awasi anak layari Internet
- Bersih, harum berkekalan
- Saling memberi, menerima
- ‘Doktor ikan’ di Eve Spa
- Ketahui punca merajuk
- Konsep tradisional
- Pulih remaja bermasalah
- Petua bentuk anak bersopan
- Solekan De’Wajah ringkas, bergaya
- Anggur hitam superfruit nombor satu
- Saling percaya, jujur kunci bahagia
- Gincu seri, rawat bibir
- Mereka dahaga kasih sayang
- Superfruit vitamin C
- Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita
- Bergaya dengan Marcello de Cartier
- Pakar bikin baju Melayu
- Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia
- Buah-buahan kaya khasiat
- Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral
- Kenali keikhlasan si dia
- Atasi kecelaruan hormon
- Berterusan cari bahagia
- Spa rambut percuma di P&G
- Cari alternatif kekal bahagia
- Jaspal gaya fesyen Asia
- Gedung maya Easy Pha-max
- Serlah rambut dengan Igora Imagine
- Haruman terbaru dari Avon
- Petua menyuburkan cinta
- Rumusan elak kulit gelap
- Suami miang, isteri dingin
- Anak sanggup tetak, pijak ibu
- Manjakan diri di St Gregory
- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan
- Produk SK-11 buat wajah cantik
- Produk istimewa Syahirah
- Roamntis: Petua kekal kebahagian
- Elak ‘perang dingin’
- ‘Tiada lagi kesakitan’
- Rambut cantik, wajah berseri
- Bantu si kecil pilihkaca mata
- Ikan untuk wanita hamil
- Maskara serlah penampilan
- Dynas duta baru Safi Balqis
- Krim pemutih baru L'Oreal
- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik
- Formula pemutihan Nivea guna ekstrak bunga matahari
- Anak beranak jadi jururawat
- Krim malam antipenuaan
- Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadi
|
|
|