Pesona tudung
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
 |
CIRI busana Muslimah menarik ramai pihak termasuk remaja mahupun dewasa kerana nilai yang diutarakannya. |
CIRI busana Muslimah menarik ramai pihak termasuk remaja mahupun dewasa kerana nilai yang diutarakannya.
Kesopanannya menyebabkan ramai tertarik untuk men jadikan pemakaian sedemikian sebagai pilihan masa kini.
Kombinasinya yang ringkas dan memperlihatkan keayuan tersendiri menyebabkan ramai wanita tidak bertudung kem bali dengan ciri sopan ini menerusi personaliti yang me nyerlahkan pesona.
Bagi sesetengah wanita, agak sukar melilit tudung atau mengenakan selendang menyebabkan mereka enggan untuk tampil dalam busana sedemikian.
Apapun, itu bukan alasan terbaik kerana perkembangan aliran fesyen semasa menyaksikan pelbagai perubahan.
Tempias turut dirasai dalam kebanyakan tudung dan se lendang kini seperti tudung ringkas yang senang dipakai. Hanya disarungkan di kepala, ia nyata menampilkan ke lainan.
Star Design Collections antara butik yang menyediakan pilihan pakaian bersesuaian bagi mereka yang tercari-cari tudung, selendang atau pakaian sopan busana Muslimah.
Menurut pemilik butik berkenaan, Radziah Nawawi, ke banyakan koleksinya yang terkini mengetengahkan pakaian berunsur sopan, tampil kasual serta sesuai untuk pelbagai suasana.
“Saya sukakan ciri tradisional dan sederhana dalam ber pakaian. Untuk itu, cita rasa saya dan orang ramai di gabungkan di butik ini supaya mereka punya banyak pilihan untuk dizahirkan dalam berbusana.
“Kajian mendapati ramai yang suka ciri sopan, sederhana dan tidak keterlaluan fesyennya. Dari situ, saya terus me ngembangkannya supaya mampu menarik lebih ramai pe ngunjung ke butik saya,” katanya.
Selain di Taman Melawati, Kuala Lumpur, dia mengen dalikan dua lagi butiknya iaitu di Jalan Masjid India dan Kompleks PKNS Shah Alam, yang mensasarkan aliran fesyen sederhana dan sopan.
“Saya suka menampilkan fesyen yang bukan saja sopan, tetapi menerapkan nilai kontemporari supaya senang di terima semua orang,” katanya.
Terima kasih:
Pakaian: Star Design Collections, 206 Jalan Negara 2, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tel: 03-41058740
Model: Ellya Khairudin
Mekap: Azie: 013-20066990
|