Bukan alasan gapai impian
Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
BENAR kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bagi Natalie du Toit, 24, dari Afrika Selatan, kehilangan kaki kirinya kira-kira tujuh tahun lalu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk bertarung di pentas sukan terhebat seperti Olimpik, baru-baru ini.
Biarpun tidak lagi dapat menyertai acara kegemarannya iaitu 100 meter kuak lentang dan rama-rama, kelibat Natalie untuk acara 10,000 meter tetap digeruni.
Wanita bersemangat kental yang berasal dari Cape Town ini sememangnya meminati sukan renang sejak kecil dan memasang impian untuk mewakili Afrika di kejohanan besar seperti Olimpik.
Dia mula bertanding di peringkat antarabangsa ketika umurnya mencecah 14 tahun dan dianggap antara bintang renang yang paling bersinar ketika itu selepas mewakili negaranya di Sukan Komanwel Kuala Lumpur.
Namun, langit tidak selalunya cerah apabila malang menimpa dirinya ketika pulang daripada menjalani latihan renang pada Februari 2001.
Motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan dan mengakibatkan kecederaan parah pada kaki kiri sehingga memaksa pihak hospital memotong demi menyelamatkan nyawanya.
Dia terlepas peluang layak ke Sukan Olimpik Athens, empat tahun lalu tetapi menang lima emas dan satu perak di kejohanan paralimpik di bandar raya yang sama.
Biarpun ramai yang bertaruh bahawa kemalangan berkenaan bakal menjadi noktah terhadap kariernya, Natalie ternyata mempunyai semangat kuat dan pantas bangkit untuk kembali berjalan tiga bulan kemudian.
Hasil usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia layak ke Sukan Olimpik Beijing selepas memenangi tempat keempat bagi acara 10,000 meter di Kejohanan Sukan Air Terbuka di Seville, Sepanyol.
Menurut Natalie, kemalangan berkenaan hampir meragut semua impiannya namun dia tidak menjadikan semua itu sebagai alasan untuk berhenti berenang.
Dia mengakui, sukan berkenaan adalah jiwanya dan dia tidak akan sesekali berhenti berenang selagi terdaya.
“Berenang adalah jiwa dan cinta saya. Berada di dalam air membuatkan saya rasa selesa dan tidak malu dengan kekurangan yang ada.
“Seperti atlit lain, saya juga mempunyai impian yang sama. Tidak kisah biarpun anda kelihatan berlainan daripada yang lain, apa yang penting, mempunyai impian yang sama,” katanya.
Ketika ditemui media selepas tamat acara, Natalie dikatakan menangis dan apabila ditanya, dia menyifatkan pertandingan berkenaan mempunyai makna tersendiri untuk dirinya.
“Saya minta maaf kerana menangis. Buat pertama kali saya menangis selepas berenang kerana saat ini amat bermakna untuk diri saya.
“Berenang di pentas Olimpik memang menjadi impian saya selama ini dan saya berasa amat gembira kerana impian berkenaan tercapai juga akhirnya pada hari ini,” katanya.
Sementara itu, kemunculan Natalie di Taman Kenu dan Mendayung Shunyi, Beijing, sememangnya menjadi perhatian ramai.
Sebelum itu, pada malam pembukaan sukan berkenaan baru-baru ini, Natalie turut diberi penghormatan oleh negaranya untuk membawa bendera yang menggambarkan kredibiliti tersendiri perenang hebat ini.
Natalie menjadi sejarah kerana sebelum ini belum ada atlit kurang upaya yang layak bertanding bagi acara biasa di sukan Olimpik.
Biarpun mempunyai kaki palsu, dia tidak memakainya ketika berenang pada acara berkenaan dan mampu bertahan hingga ke garisan penamat.
Bagi Natalie, tiada rahsia bagaimana dia boleh bertahan dalam acara renang sejauh itu berbanding pesaingnya yang sesekali berhenti.
Tiada teknik khas mahupun pertolongan teknikal yang digunakan untuk menamatkan saingannya melainkan kerja keras dan impian positif.
“Saya tidak mengambil kira mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki kerana semuanya sudah bersedia sejak menjalani latihan.
“Bila bertanding dalam acara seperti ini, semua peserta mempunyai keupayaan yang sama dan apa yang saya lakukan ialah cuma buat yang terbaik serta tidak menghampakan diri sendiri,” katanya yang memenangi tempat ke-16 daripada 24 peserta dalam acara berkenaan.
|
| Lain-lain artikel : |
- 63 petua bahagia
- Produk bantu kelihatan muda
- Jelajah dunia hiburkan si kecil
- 6 rumah kebajikan terima RM40,000
- Rawat penyakit lemah tenaga batin
- Dugaan cinta jarak jauh
- Haruman Gadis Bond
- Agama, moral asas bentuk keluarga bahagia
- Berlakon cemerlang pupuk sikap positif
- Pelembap kuatkan ketahanan kulit
- Persiapan penulis muda
- Nikmat belai diri di Tjantek
- Kongsi mimpi indah anda
- Watsons lega sakit kepala
- Rawat tumit merekah
- Bio-Oil hapus kesan parut
- Atasi masalah penuaan kulit
- Fahami situasi pasangan gawat
- Rawat lemah tenaga batin
- Lelaki lebih berahsia
- Solek mata, bibir ubah wajah
- Gaya ikut selera si dia
- Pelihara sutera tenun Pahang
- Tampil anggun dengan produk NV
- Ombak besar tambah 2 versi produk
- Bosan hidup membujang
- Khasiat bunga Immortelle
- Clarins tanam 100 anak pokok bakau
- Laman web bantu perokok
- Dilema cinta suami orang
- Wajah segar Aidilfitri
- Dr Jism rawat lemah syahwat
- Gubahan hamper bernilai komersial
- Niat baik teras pergaulan
- Nestle bina tadika keempat
- Sama minat lebih mudah
- Junaidah kongsi petua
- Gel rambut Unza ubah penampilan
- Anggur terapi penyegar kulit
- Berseri dalam 3 minggu
- Cinta ubat, racun jiwa
- Dr Jism rawat kencing manis, lemah syahwat
- KPJ sedia bufet Ramadan
- 14 hari baharui kulit
- Family Dr murah, berkualiti
- Cara kreatif galak anak makan
- Gugur bulu roma dengan Veet
- Cantik tanpa pembedahan
- Dr Jism murah, bermutu
- Tabiat pemakanan sihat
- Terbaru daripada Elizabeth Arden
- Wagner perkenal koleksi terbaru
- Pintu bahagia sentiasa ada
- Lanjut tarikh akhir
- Jaga kulit cara Genistein
- Kempen penjenamaan semula Nivea
- Kemaafan warnai cinta sejati
- Awasi anak layari Internet
- Bersih, harum berkekalan
- Saling memberi, menerima
- ‘Doktor ikan’ di Eve Spa
- Ketahui punca merajuk
- Konsep tradisional
- Pulih remaja bermasalah
- Petua bentuk anak bersopan
- Solekan De’Wajah ringkas, bergaya
- Anggur hitam superfruit nombor satu
- Saling percaya, jujur kunci bahagia
- Gincu seri, rawat bibir
- Mereka dahaga kasih sayang
- Superfruit vitamin C
- Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita
- Bergaya dengan Marcello de Cartier
- Pakar bikin baju Melayu
- Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia
- Buah-buahan kaya khasiat
- Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral
- Kenali keikhlasan si dia
- Atasi kecelaruan hormon
- Berterusan cari bahagia
- Spa rambut percuma di P&G
- Cari alternatif kekal bahagia
- Jaspal gaya fesyen Asia
- Gedung maya Easy Pha-max
- Serlah rambut dengan Igora Imagine
- Haruman terbaru dari Avon
- Petua menyuburkan cinta
- Rumusan elak kulit gelap
- Suami miang, isteri dingin
- Anak sanggup tetak, pijak ibu
- Manjakan diri di St Gregory
- Romantis: Cinta magnet pikat pasangan
- Produk SK-11 buat wajah cantik
- Produk istimewa Syahirah
- Roamntis: Petua kekal kebahagian
- Elak ‘perang dingin’
- ‘Tiada lagi kesakitan’
- Rambut cantik, wajah berseri
- Bantu si kecil pilihkaca mata
- Ikan untuk wanita hamil
- Maskara serlah penampilan
- Dynas duta baru Safi Balqis
- Krim pemutih baru L'Oreal
- Romantis: Cinta lelaki pelik, unik
- Formula pemutihan Nivea guna ekstrak bunga matahari
- Anak beranak jadi jururawat
- Krim malam antipenuaan
- Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadi
|
|
|