» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Elianto seri wajah kusam





FAKTA perubatan membuktikan tubuh kita menyerap dengan ketara apa juga bahan disapukan pada kulit.

Apatah lagi dalam keadaan masyarakat hari ini yang begitu mengambil berat soal kesihatan dan semakin cenderung kepada pemilihan makanan organik, lantas kulit juga perlu diberi perhatian sama.

Elianto yang bermaksud bunga matahari dalam bahasa Itali, mengembalikan keaslian manfaat alam semula jadi melalui rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya, Organic Infusion.

Bersumberkan alam semula jadi, Organic Infusion dirumus khusus menyuburkan keperluan kulit bagi memastikan sihat dan anjal.



Ramuan organik asli dalam produk penjagaan kulit terbabit diekstrak mengikut kaedah botani bagi mengekalkan khasiat kelembapannya.

Organic Infusion menawarkan produk topeng wajah, krim pelembap serta krim bibir dirumus menggunakan ramuan organik bebas daripada toksin dan paraben sekali gus lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Kulit lazimnya menjadi kusam setelah seminggu terdedah kepada bahan pencemar, justeru, cuba melulur kulit muka dengan Organic Infusion Rebalancing Face Mask.

Kesegaran air organik daripada tumbuhan pudina merangsang serta membantu melembapkan kulit dan semerbak bau nilam menenangkan otot muka.

Sapuan krim pelembap Organic Infusion Rejuvenate setiap pagi membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Krim berasaskan air ini cepat menyerap dan menjadikan kulit dingin serta licin.

Pati minyak limau gedang menambah keharuman bau sementara minyak organik zaitun serta jojoba membantu meningkatkan keanjalan kulit dan menjadikan wajah cerah berseri.

Bagi mengatasi kesan kekeringan akibat alat penyaman udara, kelembapan kulit boleh ditambah menggunakan Revitalize Moisture Potion. Krim terbabit bukan saja membantu mengekalkan kelembapan kulit malah membantu mencegah tanda awal penuaan.

Krim mata pula membantu mengurangkan garisan di penjuru mata serta sembap mata di samping memudarkan kesan tompokan gelap bawah mata di mana kandungan bahan marin aktif membantu mengurangkan garisan dan kedutan.

Bagi menyerlahkan bibir, krim jenama berkenaan dirumus bagi meningkatkan penghasilan kolagen membantu menganjalkan bibir.

Dengan adanya lambakan pelbagai produk daripada sumber alam semula jadi di pasaran kini, pengguna harus bijak memilih termasuk meneliti label pada produk dipamerkan.

Produk Organic Infusion dijual pada harga bermula daripada RM29 sehingga RM59 yang boleh didapati di semua cawangan Elianto di seluruh Malaysia.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker