» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Kediaman 1,000 anak





YAYASAN Amal Budimas (Budimas) merancang menambah bilangan rumah kebajikan yang bakal menerima sumbangan daripada yayasan terbabit.

Malah, yayasan berkenaan sudah mengenal pasti empat rumah kebajikan yang akan diberi sokongan sebelum akhir tahun ini, kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Budimas, Datin Seri Maneesah Tunku Iskandar.

"Rumah yang sudah dikenal pasti itu terletak di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sarawak," katanya ketika majlis berbuka puasa bersama 160 kanak-kanak daripada Asrama Damai Rumah Anak-Anak Yatim Kuang dan Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah di Menara MAA, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sehingga kini, Budimas membantu lebih 500 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di 11 rumah anak yatim di seluruh negara.



Rumah kebajikan terbabit bukan saja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malah sebahagiannya di Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Budimas juga mempunyai perancangan untuk membina Rumah Budimas yang mampu menampung 1,000 kanak-kanak menjelang 2010.

Rumah terbabit, di Gombak, akan dilengkapi lapan rumah, satu dewan serba guna, kantin dan kawasan bersukan. Selain itu, Budimas merancang menyediakan latihan vokasional untuk kanak-kanak berkenaan.

Pada majlis terbabit, 140 kanak-kanak daripada asrama berkenaan dan 20 kanak-kanak daripada pusat jagaan terbabit diberi layanan serta hidangan istimewa di restoran Charlie's Reserve.

Kanak-kanak terbabit turut menerima duit raya daripada Budimas dan beberapa penderma serta hadiah hamper daripada Famous Amos.

Majlis berkenaan memperdengarkan tazkirah daripada Ustaz Mohammad Nidzam daripada Universiti Islam Antarabangsa, diikuti persembahan nasyid oleh kanak-kanak daripada kedua-dua rumah anak yatim terbabit.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi Budimas, Millie Kwek.

Budimas turut merakamkan penghargaan kepada penderma termasuk Fa'iq Jewels, Amir Helmi, Enserve Oil & Gas dan Famous Amos.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



 
VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker