myMetro

Fokus Sekolah: Kadet Koreksional jadi kebanggaan

Oleh Mohd Rafi Mamat
rencana@hmetro.com.my

STATUS sekolah tunggal di Pahang yang mempunyai Persatuan Kadet Koreksional Jabatan Penjara Malaysia me nobatkan nama SMK Indera Shahbandar, Pekan, Pahang pada kedudukan tersendiri.

Imej dilakar 68 anggota yang mendapat tunjuk ajar pegawai Penjara Penor, Kuantan, memberi peluang mereka menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri dua kali berturut-turut.

Selain kawat kaki dan latihan kecergasan, anggota Kadet Koreksional didedahkan teknik seni tangkas penjara (Sentap) selain kaedah mengawal rusuhan.

Pengetua SMK Indera Shahbandar, Ibrahim Mat Akil, berkata sambutan pelajar terhadap pasukan Kadet Korek sional menggalakkan.

Menurutnya, anggota Kadet Koreksional turut terbabit dengan aktiviti lasak seperti kawad, perkhemahan dan ke cergasan.

Malah, anggota kadet diberi uniform percuma oleh Penjara Penor.

“Kadet ini sangat istimewa kerana bukan saja menjadi platform mendisiplinkan pelajar, tetapi mendapat perhatian pihak luar.

“Penubuhan kelab ini mencapai sasaran meskipun pada awalnya sukar mempercayai ia boleh teguh hingga tahap ini,” katanya.

Antara aktiviti disertai tahun lalu ialah Karnival Ko kurikulum Diraja, pertandingan kawad kaki peringkat daerah dan negeri selain hari kokurikulum dan lawatan ke Melaka.

Tahun lalu pasukan ini juga menyertai perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri kali kedua.

Untuk memantapkan pasukan, latihan diadakan selama lapan jam sebulan.

Pembabitan secara langsung empat guru dibantu lima jurulatih Penjara Penor meletakkan Kadet Koreksional di landasan kejayaan.

Ketua Platun, Mohd Azlizan Shah, berkata kesungguhan dan semangat menebal anggota meletakkan imej Kadet Ko reksional pada tahap memuaskan.

“Saya memikul tanggungjawab berat memastikan kemam puan pasukan dipercayai dan menjadi contoh pelajar.

“Meskipun tahap sekolah kami di luar bandar, imej yang dicerminkan anggota kadet sangat dinamik.

“Sokongan padu pelbagai pihak menjadi pembakar se mangat untuk berusaha lebih gigih di setiap pertandingan,” katanya.

>Profil

NAMA SEKOLAH: SMK Indera Shahbandar, Pekan, Pa hang

NAMA PENGETUA: Ibrahim Mat Akil

BILANGAN GURU: 38 orang

BILANGAN PELAJAR: 501 orang

STATUS SEKOLAH: Sekolah luar bandar

PERSATUAN: Kadet Koreksional, Jabatan Penjara Ma laysia

BILANGAN AHLI: 68 orang

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad