Rencana: Kerjaya jururawat makin diminatiOleh Ruhaiza Rusminruhaiza@hmetro.com.my PELUANG kerja luas dalam bidang jururawat menjadikan kursus itu antara diminati, malah mendapat permintaan tinggi majikan.
Kolej Poly Tech Mara ( KPTM) di Taman Shamelin, Cheras, adalah antara institusi pendidikan tinggi yang mampu me nawarkan pengkhususan dalam Diploma Kejururawatan. Dengan penyediaan modul terbaik dan terbaru, kemampuan KPTM diyakini mampu membantu individu berminat me ngikuti pengkhususan ini dengan cemerlang. Apatah lagi, tahap kecemerlangan KPTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi sudah terbukti sejak penubuhan nya. Menerusi pengkhususan Diploma Kejururawatan, peluang memperoleh pekerjaan daripada majikan terbuka luas apatah lagi pendapatan diperoleh juga menarik. Bidang kejururawatan boleh dibahagikan kepada empat iaitu meliputi jururawat kesihatan, jururawat perubatan, jururawat masyarakat dan jururawat akademik. Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan akan dilantik ke jawatan lebih kanan seperti ketua jururawat, penyelia ju rurawat dan ketua penyelia jururawat. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan sehingga Mei 1996, terdapat hanya 15,921 jururawat, 10,886 penolong jururawat dan 1,165 jururawat pergigian yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta di Malaysia. Pada 2000, terdapat 29,369 jururawat terlatih dan pada 2010 negara dijangka mempunyai sebanyak 101,366 orang ju rurawat, iaitu pertambahan sebanyak 71,997 orang . Pertambahan ini menunjukkan, kerjaya jururawat semakin diminati dan mempunyai prospek cerah. Mereka yang mengikuti pengkhususan ini diberi latihan teori dan praktikal. Penekanan turut diberikan kepada subjek klinikal bagi melahirkan jururawat berkebolehan. Sebagai satu disiplin praktikal, pelajar diberi pendedahan awal kepada pesakit secara berterusan selain penyelidikan kejururawatan dan proses kejururawatan. Ini bertujuan melahirkan jururawat yang bukan saja terlatih dan profesional, tetapi berilmu. Bidang kejururawatan bukan hanya merangkumi aspek luaran, tetapi juga membabitkan emosi, kemasyarakatan dan budaya. Justeru, tidak rugi memilih pengkhususan ini, ditambah penawaran kursus yang baik daripada institusi dikenali. Bagi yang berminat boleh menghubungi KPTM di Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur atau Bahagian Pemasaran di talian 03- 92819700/92856033 atau faksimile ke 03-92815764 atau layari laman web www.kptm.edu.my. |