Fokus Sekolah: Paluan pancaragam digeruni
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
KEDUDUKANNYA di pedalaman tidak sedikit pun me lemahkan semangat pasukan pancaragam SK Seri Ampang Muda, Sik, Kedah, dinobatkan naib juara pancaragam pe ringkat negeri 2004 dan 2006.
Di awal penubuhannya, tiada siapa menghiraukan ke mampuan pasukan ini, kemenangan berganda itu mula membuka mata pihak lawan berwaspada dengan kehadiran mereka.
Kekurangan kelengkapan tidak pernah mematahkan se mangat ahli pasukan dan kejayaan menewaskan pasukan lebih berpengalaman di kawasan bandar banyak memberi ke lebihan.
“Kami tidak bersandarkan kepada peralatan semata-mata, tetapi lebih kepada usaha keras. Semangat ditunjukkan itu membuahkan hasil.
“Memang bangga dinobatkan antara yang terbaik dan kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat berlatih ber sungguh-sungguh memberi cabaran lebih baik,” kata guru penyelaras kelab berkenaan, Ahmad Rosli Zainol Abidin.
Sebagai sebuah sekolah di pedalaman, masalah kewangan adalah cabaran utama, apatah lagi keluarga di sini bergantung pekerjaan menoreh getah dan kampung.
Menurutnya, objektif penubuhan pancaragam sekolah su paya pelajar mempunyai alternatif membabitkan diri dalam kelab dan mengelak terbabit dalam kegiatan tidak ber faedah.
“Kami mahu mereka ada aktiviti, justeru guru dan ibu bapa mewujudkan dana membeli peralatan muzik selain me minjam peralatan dari sekolah berdekatan.
“Walaupun mempunyai peralatan kualitinya kurang, namun semangat pelajar serta latihan bersungguh-sungguh mem buatkan pasukan ini berjaya.
“Kemenangan demi kemenangan dalam pelbagai pertan dingan memberikan semangat untuk berusaha lebih kuat,” katanya.
Selepas kejayaan itu, pancaragam sekolah mula mendapat pelbagai undangan dan kepercayaan antaranya memeriahkan pembukaan dan penutup Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sekitar Kedah.
Paling menggembirakan, Jabatan Pelajaran Daerah Sik/Ba ling bersetuju menghulurkan bantuan RM15,000 bagi me lengkapkan peralatan pancaragam sekolah.
“Pemberian itu menambah lagi kesungguhan kami dan berharap mampu mempertahankan kemenangan serta meng harumkan nama sekolah.
“Saya berharap kami mampu melahirkan ahli muzik dari kawasan pedalaman ini,” katanya.
>Profil
NAMA: SK Seri Ampang Muda,Sik, Kedah.
GURU BESAR: Daud Md Amin
BILANGAN GURU: 28 orang
BILANGAN PELAJAR: 461 orang
GURU PENYELARAS: Ahmad Rosli Zainol Abidin
KELAB: Pasukan Pancaragam
TARIKH DITUBUHKAN: 2004
BILANGAN AHLI: 45 orang
|
|