» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Folus Sekolah: KRS tingkat kualiti diri

Oleh Idris Sulaiman
rencana@hmetro.com.my



MELAHIRKAN pelajar dinamik, berketrampilan, berdaya saing dan mempunyai disiplin tinggi adalah teras utama penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) SMK Pengkalan Hulu, Perak (SMKPH) sejak empat tahun lalu.

Menerusi KRS, pelajar bukan saja dilengkapi ilmu akademik tetapi kemahiran diri bagi dimanfaatkan selepas menamatkan pengajian.


Guru Kanan Kokurikulum SMKPH, Mohd Afendi Saari, berkata KRS bertujuan memperkasa semangat dalam diri pelajar selain memberi peluang mengasah bakat kepemim pinan.

Menurutnya, KRS juga salah satu cabang meningkatkan nilai kualiti individu dan membantu memasarkan diri pada ma syarakat.

“Menjadi ahli KRS bermakna perlu mempamerkan tahap disiplin serta komitmen tinggi tidak kira dalam apa jua aspek. Ini untuk kebaikan pelajar dan masa depan mereka.

“Nilai kualiti yang diterapkan juga akan membuka mata masyarakat terhadap kebaikan menyertai pasukan ini.

“Justeru, kami menerapkan tahap disiplin tinggi dan tang gungjawab terutama ketika latihan serta pertandingan,” ka tanya.

Sekolah itu mencapai banyak kejayaan sejak ditubuhkan sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Latihan dua jam sehari memberi fokus kepada kawad kaki, larian kecergasan, ceramah keselamatan dan undang-undang asas.

Setiap tahun, mereka berpeluang mengikuti perkhemahan bertujuan memantapkan kemahiran diri dan latihan diikuti.

Mereka juga mengikuti latihan menembak, perkhemahan kadet polis dan persembahan peringkat negeri serta ke bangsaan seperti sambutan Hari Polis dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perak dan Malaysia (MSSM).

Selain memberi fokus pada latihan, ahli KRS juga perlu menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik.

“Jika ada kelemahan, ahli berkenaan akan ‘direhatkan’ sehingga kami berpuas hati dengan pencapaian akademik.

“Justeru, walaupun sibuk dengan latihan, mereka sentiasa mengutamakan pelajaran,” katanya.

Antara kejayaan manis lain yang berjaya dirangkul SMKPH ialah juara daerah tiga tahu berturut- turut sejak 2006 dalam pertandingan kawad kaki Pandu Puteri, Kadet Remaja Se kolah, Bomba (kategori perempuan), Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Polis (naib johan), Puteri Islam (naib johan) dan Pengakap.

>Profil

NAMA SEKOLAH: SMK Pengkalan Hulu, Perak.

TARAF: Harian

PENGETUA: Jamaliah Abd Rahman.

BILANGAN GURU: 56 orang

BILANGAN PELAJAR: 990 orang

GURU KOKURIKULUM: Mohd Afendi Shaari.

KELAB: Kadet Remaja Sekolah

AHLI: 60 orang

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Ekspresi

lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker