Berita Kampus: Rangkul 16 pingat emas
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) terus cemerlang apabila merangkul 16 pingat emas, 13 perak dan 27 gangsa di pertandingan reka cipta International Invention, Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) 2008 di ibu negara, baru-baru ini.
UiTM turut dianugerahkan Geneva Award dari Switzerland kerana menjadi universiti meraih jumlah kutipan pingat tertinggi.
“Anugerah ini satu penghormatan kepada UiTM dalam usaha memartabatkan industri pendidikan dan penyelidikan. Meskipun terdapat pelbagai penyertaan, kemampuan institusi ini terbukti dan diakui.
“UiTM pasti memanfaatkan kemenangan ini untuk me ningkatkan usaha pada masa depan sekali gus bersaing dengan institusi sedia ada,” menurut kenyataan dikeluarkan universiti itu.
Pertandingan bertaraf antarabangsa itu menyaksikan per saingan sengit antara 23 institut penyelidikan dan institut pengajian tinggi bagi meraih pengiktirafan hasil penyelidikan dijalankan.
Institusi penyelidikan luar seperti Iran, Korea, Taiwan dan Jepun turut menyertai pertandingan berkenaan.
Antara barisan pemenang dan hasil penyelidikan UiTM ialah Profesor Dr Zaiki Awang, Nor Fazlina Mohd Lazim, Raudah Abu Bakar dan Suhana Sulaiman dari Fakulti Ke juruteraan (PZT Thin Film Capacitors), M Rizuan M Razlan, Mohibah Musa dan Profesor Dr Ku Halim Ku Hamid dari Fakulti Kejuruteraan Kimia (Treatment of Palm Oil Mill Effluent).
|
|