Kerjaya: Ahli Zoologi ada masa depan
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my
MASIH ramai pelajar enggan menceburi kerjaya dalam bidang zoologi kononnya pengkhususan itu tidak menjamin masa depan kerana bidang kerja yang terhad.
Pandangan itu wajar diubah kerana kerjaya itu sesuatu yang mencabar dan kini banyak majikan daripada sektor swasta mencari graduan mempunyai kelulusan dalam bidang ber kenaan.
Apa itu zoologi?
Dalam bahasa Greek, zoon adalah binatang dan logos adalah perkataan. Justeru, zoologi adalah pengajian khusus mengkaji mengenai haiwan.
Lebih dikenali sebagai sejarah semula jadi, bidang peng khususan ini mula diperkenalkan pada abad ke-19 di uni versiti Jerman dan Britain.
Institusi British pada waktu itu memberi penumpuan kepada bidang ini kerana beranggapan ia adalah penemuan baru. Antara yang komited ialah Thomas Henry Huxley yang menjadi pensyarah di sebuah institusi penyelidikan haiwan.
Beliau memperkenalkan bidang ini menerusi syarahan, praktikal di makmal dan penyelidikan menyebabkannya terus berkembang.
Secara amnya, bidang zoologi pada abad ke-20 lebih men jurus kepada beberapa pendekatan seperti pengajian per bezaan struktur haiwan, perlakuan haiwan genetik, tumbuh besaran haiwan secara biologi dan mekanisme yang terdapat pada kelompok haiwan tertentu.
Ahli zoologi akan melakukan penyelidikan berterusan bagi mengetahui perkembangan pelbagai evolusi haiwan yang disasarkan.
Contohnya dalam satu kajian di Indonesia, ahli zoologi membuktikan selain manusia, beberapa binatang meng gunakan pelbagai jenis alat dalam hidup mereka.
Beberapa binatang yang menggunakan alat adalah monyet, kera dan beberapa jenis burung laut.
Mereka yang mengambil pengkhususan ini berpeluang mendalami sifat dan habitat haiwan secara menyeluruh.
Pada masa sama, khidmat perubatan turut diberikan kepada haiwan cedera meskipun bukan secara meluas seperti doktor haiwan.
Ahli zoologi juga tidak hanya tertumpu pada haiwan berskala besar malah mencakupi serangga kecil dan se derhana.
Antara cabang zoologi ialah etologi (mengkaji tingkah laku haiwan), mamalogi (kajian mengenai mamalia), iktiologi (mengenai ikan), araknologi (pengkaji labah-labah).
Mahasiswa yang mengambil jurusan ini mempunyai pros pek kerjaya dalam bidang penyelidikan di makmal atau lapangan, pensyarah mahupun bekerja di sektor swasta seperti penerbitan dokumentari.
|
|