» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Cabaran baru

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my


HARI ini, pelajar baru yang diterima memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memulakan cabaran mengikuti minggu suai kenal sebelum bergelar mahasiswa sebenar.

HARI ini, pelajar baru yang diterima memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memulakan cabaran mengikuti minggu suai kenal sebelum bergelar mahasiswa sebenar.

Pelbagai pengalaman pahit manis bakal dirasai sepanjang tempoh seminggu ini yang pasti padat dengan pelbagai aktiviti diatur.


Ada juga yang bakal merungut kepenatan atau tidak cukup tidur, kurang berpuas hati dengan layanan senior, sedih ditinggalkan keluarga namun tidak kurang gembira bertemu rakan baru.

Senario hari pertama pendaftaran di Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Shah Alam, Selangor, memperlihatkan sua sana meriah pelajar ditemani ibu bapa mendaftar di kolej kediaman masing-masing.

Pada sesi ini, seramai 28,117 (15,033 tempat bagi pengajian diploma dan 13,084 peringkat Sarjana Muda) mendaftar di 24 fakulti pengajian masing- masing di 13 kampus UiTM seluruh negara.

Tiada kesesakan berlaku kerana pendaftaran di UiTM dijalankan secara terancang dengan pelajar hanya perlu mendaftar di kolej masing- masing. Segala urusan selesai dalam tempoh tiga minit.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Datuk Dr Nasuddin Othman, berkata UiTM memperke nalkan sistem terancang di semua kampus seluruh negara bagi memudahkan pelajar atau ibu bapa ketika hari pendaftaran dan mengelak kesesakan.

Menurutnya, menerusi sistem itu, pelajar hanya perlu mendaftar kehadiran dan ditempatkan di kolej masing-ma sing manakala segala borang berkaitan boleh diisi ketika di kolej.

“Cara ini bagi mengelak kesesakan dan menyusahkan keluarga atau pelajar sewaktu pendaftaran malah segala urusan boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.

“Sistem ini diperkenalkan kali pertama dan hasilnya semua pihak berpuas hati manakala ibu bapa juga boleh melihat kolej penginapan anak. Bagaimanapun, untuk mengelak masalah, 400 pelajar UiTM yang terbabit sepanjang Minggu Mesra Siswa ini sedia menghulurkan bantuan,” katanya.

Bagi Nur Syahirah Zaharudin yang mengikuti program Asasi Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua ( TESL), teruja dapat melanjutkan pengajian dan berharap minggu suai kenal yang dilalui mampu memberi gambaran hidup di kampus.

“Saya gembira apabila terpilih mengikuti pengajian di UiTM. Bagaimanapun, perasaan bimbang tetap ada terutama ketika mengikuti program ini.

“Saya berharap program ini dapat memberi gambaran sebenar kehidupan di kampus sekali gus membantu me laluinya sehingga tamat pengajian,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Bagi sesi sesi akademik 2008/2009, 20 IPTA bakal menerima warga baru yang berjaya dalam pemilihan Bahagian Ke masukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi.

Mereka sebahagian daripada 156,026 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf yang mengemukakan permo honan masing-masing secara dalam talian menerusi.

Di samping teruja memulakan alam baru, ada juga di kalangan pelajar berasa gusar apabila terpaksa berdepan senior yang dilabel sebagai 'garang'.

“Saya dengar pelbagai kerenah ditimbulkan senior se panjang minggu suai kenal dan berharap tidak melalui pengalaman dimarahi mereka.

“Bagaimanapun, saya percaya, situasi itu adalah untuk mewujudkan kemesraan sekali gus mengukuhkan lagi ke kuatan diri untuk berdepan cabaran dunia kampus,” kata Wan Nur Fariha Najwa Wan Azahan yang berasal dari Selangor.

Meskipun minggu suai kenal tidak boleh lari daripada imej 'buli', sejak kebelakangan ini, kes membabitkan pelajar dibuli atau tidak puas hati atas tindakan senior yang bertindak keterlaluan sudah kurang dilaporkan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, Afandy Sutrisno Tanjung, berkata sepanjang minggu suai kenal, pelajar baru hendaklah sentiasa bersedia menerima arahan dan menepati masa ditetapkan bagi mengelakkan situasi tegang dengan senior.

“Kami bukan bermaksud garang tidak kena tempat, tapi ada kalanya pelajar baru kurang memberi tumpuan pada arahan. Oleh itu, dinasihatkan mereka supaya sentiasa peka untuk mengelakkan suasana kurang puas hati antara satu sama lain.

“Bagaimanapun kami percaya pelajar yang terpilih tidak akan bersikap begitu dan boleh menerima arahan atau teguran dengan terbuka. Apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama dan menjalin kemesraan antara satu sama lain,” katanya.

Pemilihan pelajar memasuki IPTA adalah berdasarkan sistem meritokrasi yang dikira berdasarkan 90 peratus ke cemerlangan akademik dan 10 peratus pula hasil daripada aktiviti kokurikulum. semua permohonan dikemukakan se cara dalam talian.

Manakala 816 program di peringkat ijazah pertama di tawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya.

Kaedah penyediaan merit bagi lepasan STPM atau setaraf berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang digunakan untuk menyeragam kelayakannya dengan ma trikulasi.

Melalui sistem berkenaan, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan me ngambil kira purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik, termasuk Pengajian Am.

Bagi yang tidak bernasib baik gagal ke IPTA, mereka masih berpeluang melanjutkan pengajian menerusi tawaran prog ram pembelajaran sepanjang hayat mahupun pendidikan jarak jauh yang ditawarkan institusi pengajian seluruh negara sama ada secara sambilan atau maya.

Selain 20 IPTA yang mempunyai lebih 382,000 pelajar, negara juga mempunyai 37 kolej swasta bertaraf universiti, selain 487 institusi pengajian tinggi swasta bertaraf kolej dengan kira-kira 365,000 penuntut.

Kerajaan juga menubuhkan 37 kolej komuniti induk dan 19 cawangannya serta 24 politeknik, menjadikan jumlah ke seluruhan IPT awam dan swasta di negara ini 605, antara yang tertinggi di kalangan negara membangun.

Catat jumlah tertinggi

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) mencatatkan jumlah tertinggi kemasukan pelajar baru iaitu 28,117 orang di 13 kampus seluruh negara.

Manakala Universiti Malaya pula seramai 4,000 pelajar baru bagi program ijazah pertama, menurun berbanding sesi kemasukan sebelumnya kerana memberi tumpuan terhadap pengambilan peringkat pascasiswazah.

Peningkatan juga ketara di IPTA yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan iaitu Universiti Putra Malaysia, Uni versiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia.

Jumlah pendaftaran pelajar baru di beberapa IPTA:

1.Universiti Putra Malaysia: 5,234

2.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia :1,679

3.Universiti Teknologi Mara : 28,117 (Diploma 15,033 dan Sarjana Muda, 13,084) di 13 kampus seluruh negara.

4.Universiti Malaysia Sabah : 4,064

5.Universiti Malaya :4,000

6.Universiti Kebangsaan Malaysia: 4,351 pelajar

7.Universiti Sains Malaysia :3,540 pelajar

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker