» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Variasi » Bestari

Bestari Fokus Sekolah: Belajar ternak ikan

Oleh Mohd Rafi Mamat
rencana@hmetro.com.my



PENCAPAIAN menghasilkan benih spesies ikan keli Afrika dan tilapia secara aruhan membuktikan kerjasama guru dan pelajar Kelab Akuakultur dan Haiwan Rekreasi SMK Chini, Pekan, Pahang berupaya mencipta kejayaan.

Malah, lebih membanggakan apabila kerjasama itu berjaya membiakkan secara semula jadi ikan hiasan seperti gapi, pelaga siam, swordtail, angel dan tiger bard.


Selepas empat tahun ditubuhkan, kelab berkenaan meng hasilkan lebih 50,000 benih ikan keli Afrika dan talapia bagi tujuan ternakan termasuk dijual.

Guru penasihat kelab, Zuharizam Ab Halim, berkata selain menghasilkan benih ikan, kumpulan pelajar yang mengambil Kursus Akuakultur dan Haiwan Rekreasi sebagai pilihan dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) turut didedah teknik menternak ikan dalam kolam tanah dan simen.

Menurutnya, pengalaman dua tahun pelajar dalam bidang itu menjadi pendorong mereka melaksanakan projek berfaedah terutama selepas menamatkan alam persekolahan.

Hasil inisiatif itu dikomersialkan untuk mendatangkan faedah berganda dari segi menjana pendapatan, mengisi masa lapang dan menaikkan reputasi sekolah.

“Projek ini memberi pengalaman dan ilmu kepada ahli kelab sebagai persediaan awal memasuki dunia pekerjaan.

“Projek ini mendapat bantuan dan sokongan sepenuhnya Jabatan Perikanan Pahang yang mengajar teknik aruhan, kaedah menternak ikan dalam kolam tanah dan simen.

“Mereka juga mempelajari dan didedahkan dengan aktiviti berkonsepkan perniagaan bagi memudahkan bergelar usa hawan selepas tamat sekolah,” katanya.

Peringkat permulaan, kelab menternak kira-kira 3,000 ikan keli Afrika dan jumlahnya meningkat berikutan permintaan tinggi masyarakat.

Sehingga kini, kejayaan projek aruhan benih ikan yang dilakukan pelajar selama empat tahun mencecah 90 peratus.

Pelajar melakukan proses aruhan pada waktu malam, antara jam 10 hingga 12 malam menggunakan hormon jenis ovatide dan ovaprim yang disuntik pada induk jantan.

Kini terdapat tiga kolam tanah, 13 kolam simen dan tangki gentian kaca yang mampu menempatkan lebih 5,000 ikan keli dan talapia merah pelbagai saiz bagi tujuan penetasan, benih dan menternak.

Menurut Zuharizam, tujuan utama Kursus Akuakultur dan Haiwan Rekreasi ialah untuk memberi pengalaman dan pendedahan berguna kepada pelajar menceburi bidang per tanian serta penternakan selepas menamatkan persekolahan.

Kelab itu turut mengadakan pertandingan mengubah dan menghias akuarium bagi mengisi masa lapang dan me ngurangkan tekanan menghadapi peperiksaan.

“Beberapa ahli kelab kini mengusahakan projek pembiakan ikan hiasan secara semula jadi bagi pasaran.

“Walaupun projek dilakukan secara kecil-kecilan, penga laman yang diperoleh membuka ruang menambah pen dapatan selain mengisi masa terbuang,” katanya.

>Profil

NAMA SEKOLAH: SMK Chini, Pekan, Pahang.

NAMA PENGETUA: Abdul Razak Muhamad.

JUMLAH GURU:75 orang.

JUMLAH PELAJAR: 785 orang.

STATUS SEKOLAH: Luar bandar

KELAB: Kelab Akuakultur dan Haiwan Rekreasi.

JUMLAH AHLI: 37 ahli.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :



VARIASI

Santai

lagi
lagi
lagi
it@Metro
lagi
Dekotaman
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker